Orang ramai dijemput ke Karnival STI MOSTI di UPSI bermula 4 Februari 2023  | DagangNews Skip to main content

Orang ramai dijemput ke Karnival STI MOSTI di UPSI bermula 4 Februari 2023 

Jom beramai-ramai kita memeriahkan Karnival STI MOSTI dan masuk adalah percuma.
oleh ZAKI SALLEH

TANJUNG MALIM 3 Feb - Orang ramai dijemput menghadiri Karnival Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) MOSTI di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini.

 

Karnival anjuran MOSTI ini akan berlangsung selama dua hari bermula esok, 4 Februari 2023.

 

Dalam kenyataan MOSTI memaklumkan, pengunjung khususnya yang hadir bersama anak-anak dapat menerokai dunia sains, teknologi dan inovasi yang menakjubkan.

 

"Pelbagai aktiviti menarik, interaktif dan hadiah menanti anda. Antaranya pameran interaktif STI, tayangan mini planetarium dan pencerapan solar.


 

UPSI

 


"Turut diadakan ialah cabaran dron dan STEM, Let's Experiment, pertunjukan sains, aktiviti robotik dan DIY Roket," ujar kenyataan itu.

 

Masyarakat setempat khususnya warga Tanjung Malim dan utara Selangor boleh datang sebaik karnival bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang. - DagangNews.com