Minetech catat peningkatan hasil sebanyak 31.9% kepada RM26.9 juta bagi 2QFY23 | DagangNews Skip to main content

Minetech catat peningkatan hasil sebanyak 31.9% kepada RM26.9 juta bagi 2QFY23

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 24 Nov - Pakar kejuruteraan awam dan pengeluar produk bitumen, Minetech Resources Berhad mencatatkan kenaikan hasil sebanyak 31.9% kepada RM26.9 juta bagi suku kedua berakhir 30 September 2022 (2QFY2)berbanding RM20.4 juta pada 2QFY22.

 

Bagaimanapun, syarikat itu mencatatkan kerugian sebelum cukai (LBT) sebanyak RM1.5 juta bagi suku dalam tinjauan berbanding LBT RM4.7 juta pada 2QFY22.

 

Bahagian kejuruteraan awam mencatatkan peningkatan 8.1% dalam hasil kepada RM16.1 juta berbanding RM14.9 juta pada tahun lalu. 

 

Bahagian pembuatan yang mengeluarkan produk bitumen untuk salutan paip, kalis air dan pengedap mencatatkan peningkatan 166.7% dalam hasil kepada RM7.2 juta berbanding RM2.7 juta pada suku bagi tahun sebelumnya.

 

Bagi 1HFY23 syarikat mencatatkan peningkatan 36.9% dalam hasil kepada RM50.9 juta berbanding RM37.2 juta pada 1HFY22.  

 

Syarikat merekodkan LBT sebanyak RM3.1 juta dalam tempoh tinjauan berbanding RM9.1 juta pada 1HFY22.

 

Pengarah Eksekutif Minetech, Matt Chin berkata, prestasi kewangan kumpulan menjadi semakin baik apabila jumlah kerugian semakin mengecil dan hasil yang lebih tinggi daripada bahagian kejuruteraan awam Lombong Emas Selinsing berikutan peningkatan jumlah kerja serta dari Lebuhraya Cheras-Kajang, Bukit Wangsa Brezza dan GM Emerald Square.

 

"Kami telah melihat peningkatan ketara dalam sumbangan hasil daripada bahagian pembuatan terutamanya disebabkan oleh peningkatan dalam jualan enamel salutan dan produk asfalt daripada permintaan yang lebih baik daripada pasaran domestik dan luar negara.

 

“Walaupun pertumbuhan ekonomi berada pada landasan yang lebih kukuh berdasarkan angka KDNK suku ketiga Malaysia, kami melihat peningkatan risiko kelembapan 2023 kerana ketidaktentuan global yang berpunca daripada konflik Rusia-Ukraine, kelembapan China dan tekanan inflasi terus mempengaruhi sentimen.  

 

"Kami terus menekankan pelbagai langkah kawalan kos dan penjimatan tunai dan pada masa yang sama meneroka peluang yang telah menyaksikan kami menerokai teknologi dan inovasi serta menembusi aktiviti pembinaan peringkat kedua," katanya. - DagangNews.com