Milo sumbang 10,000 pek Hi-Fibre kepada badan kebajikan menerusi acara Charity At Heart | DagangNews Skip to main content

Milo sumbang 10,000 pek Hi-Fibre kepada badan kebajikan menerusi acara Charity At Heart

KUALA LUMPUR 8 Feb - Demi membantu golongan kurang bernasib baik, sebanyak 10,000 pek Milo Hi-Fibre bernilai RM80,000 disumbangkan kepada badan kebajikan terpilih menerusi acara Charity At Heart yang diadakan di Pavilion Bukit Jalil, baru-baru ini.

 

Sepanjang acara amal itu berlangsung, orang ramai boleh membeli setiap pek Milo Hi-Fibre dengan harga istimewa RM8.

 

Pengurus Pemasaran Pengguna Milo, Unit Perniagaan Nestle (Malaysia) Berhad, Andrew Yoon berkata, pihaknya berbesar hati kerana dapat memberi sumbangan atas tujuan yang baik kepada masyarakat.

 

“Kami sangat gembira dengan kerjasama daripada Pavilion Bukit Jalil. Sebenarnya Nestle dan Milo telah banyak mengadakan program amal.

 

“Cuma kali ini kami memberi fokus kepada pembangunan sukan dari akar umbi dan golongan rakyat yang kurang bernasib baik,” katanya.

 

Pada acara sama, seramai 100 keluarga berpendapatan rendah (B40) menerima sumbangan daripada pihak Milo dan Pavilion Bukit Jalil, selain turut diadakan sesi badminton bersama duta Milo Hi-Fibre yang juga lagenda badminton negara, Datuk Rashid Sidek.

 

“Pada usia sekarang sudah tiba masanya saya kongsikan segala kemahiran dan nilai positif yang diperolehi sepanjang menjadi pemain badminton negara kepada generasi muda,” kata Rashid yang turut merasmikan acara amal tersebut.

 

 

milo
                                                                  Datuk Rashid Sidek

 

 

milo

 

 

milo

 

 

Milo Hi-Fibre yang dilancarkan baru-baru ini memenuhi kriteria Logo Pilihan Lebih Sihat mengikut panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

 

Masih mengekalkan rasa ikonik minuman kegemaran rakyat Malaysia, Milo Hi-Fibre mengandungan khasiat tambahan daripada kandungan serat yang lebih tinggi dan lebih kurang setengah sudu kecil gula untuk setiap hidangan.

 

Sementara itu, Milo yang sentiasa menyokong pembangunan bakat muda dalam sukan di Malaysia bakal melancarkan Klinik Juara Milo pada Mac depan. - DagangNews.com