Memahami kelebihan bancatakaful sebagai simpanan masa depan | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
Iktisad - 8 November 2022

MEMAHAMI KELEBIHAN BANCATAKAFUL SEBAGAI SIMPANAN MASA DEPAN

 

 

APA yang kita tahu mengenai bancatakaful? Secara amnya, ia ditakrifkan sebagai saluran pengedaran produk takaful oleh bank. 

 

Bancatakaful berfungsi sebagai penyampaian dan pengedaran rangkaian yang sesuai bagi perlindungan yang disesuaikan dan produk simpanan, pelaburan dan pencen jangka panjang yang direka untuk memenuhi keperluan kitaran hayat asas pelanggan bank atau institusi kewangan lain. 

 

Pelanggan akan berminat untuk melabur dalam produk yang menggabungkan perlindungan modal, kepelbagaian pelaburan dan perlindungan takaful.

 

Ringkasnya, dalam bancatakaful ini bank dan pengendali takaful bekerjasama untuk menghasilkan produk bancatakaful, di mana kedua-dua skim Takaful Keluarga dan/atau Am ditawarkan kepada pelanggan bank melalui rangkaian cawangan.

 

 

gambar hiasan

 

 

Pengendali takaful adalah penaja jamin untuk skim ini, bertindak seperti pengeluar produk dan menggunakan bank sebagai saluran untuk mengedarkan produk tersebut.

 

Bancatakaful telah berkembang menjadi pengagihan yang utama saluran untuk perniagaan takaful, khususnya untuk produk takaful keluarga. 

 

Kepelbagaian saluran pengedaran telah meluaskan kebolehcapaian pengguna kepada rangkaian produk takaful yang lebih luas untuk memenuhi keperluan mereka yang pelbagai berdasarkan keperluan individu, selera risiko, matlamat kewangan dan tahap keupayaan kewangan. 

 

Ini seterusnya telah menyumbang ke arah objektif yang lebih luas untuk mengurangkan jurang perlindungan di Malaysia.

 

Dari sudut kualiti dan kemudahan, dalam bancatakaful para peserta akan mempunyai akses yang lebih baik kepada rangkaian produk/perkhidmatan kewangan patuh syariah. 

 

Ia dapat dilaksana secara lebih luas melalui pusat kedai kewangan setempat. Pengeluaran sijil takaful di pusat sebegini membuatkan transaksi menjadi lebih mudah, cepat dan disukai para pelanggan. 

 

Mereka juga tidak memerlukan dokumen tambahan yang lain kecuali menyediakan kad ID Pelanggan dan tidak perlu menunggu sebarang keputusan pengesahan manual oleh pejabat pengendali takaful. 

 

 

gambar hiasan

 

 

Malah, produk yang diperlukan mudah disesuaikan dan dibangunkan khusus mengikut keperluan para peserta.

 

Di samping itu, dari sudut kos dan nilai, bancatakful juga dapat mengurangkan kos transaksi (maklumat, nasihat, masa) pada harga yang lebih rendah. 

 

Pelanggan tidak perlu bersusah payah mencari di mana dan bila mahu mendapatkan produk takaful apabila membuat pembiayaan di bank. 

 

Lazimnya, penerimaan permohonan ini melalui saluran banca, kerana peserta juga merupakan pelanggan bank. 

 

Kebiasaannya, tiada permohonan takaful yang akan ditolak kerana ia disatukan dengan perkhidmatan produk perbankan Islam. 

 

Segala terma dan syarat sememangnya telus seperti yang disyariatkan oleh Islam. Malah, yuran yang dicaj kepada para pelanggan juga adalah berstruktur dan sentiasa dipantau pihak berwajib.

 

 

gambar hiasan

 

 

Bank akan bekerjasama dengan pengendali takaful untuk membawa pelan bancatakaful yang menawarkan akses kepada pelaburan patuh syariah dengan kelebihan tambahan perlindungan takaful. 

 

Secara tidak langsung, ia akan meningkatkan lagi bilangan pelanggan bank dalam pembiayaan mereka, contohnya, pelan takaful keluarga yang dipasarkan melalui bancatakaful ini membolehkan peserta mengumpul simpanan dan memastikan dana tersedia untuknya dan keluarga apabila diperlukan. 

 

Pada asasnya, ia adalah peruntukan untuk perlindungan patuh syariah dan pelan pelaburan untuk taraf hidup yang lebih baik pada masa hadapan.

 

Bagi penulis, bancatakaful sebenarnya merupakan usaha untuk mengembangkan lagi saluran akses takaful kepada seluruh pelanggan bank kerana masih ramai tidak celik takaful. 

 

Dengan menggunakan bank sebagai saluran akses, ia adalah sumbangan utama kepada bancatakaful ini. - DagangNews.com

 

 

Dr Razli Ramli merupakan Pensyarah Kanan, Sekolah Perniagaan Antarabangsa Azman Hashim (AHIBS)
Universiti Teknologi Malaysia dan juga Felo Adjung Institut Perbankan dan Kewangan Islam (IIiBF) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

utm

Portfolio Tags