MBSB Bank tawar hadiah RM2.4 juta menerusi kempen Simpan Berganda Menang Bergaya 2.0 | DagangNews Skip to main content

MBSB Bank tawar hadiah RM2.4 juta menerusi kempen Simpan Berganda Menang Bergaya 2.0

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 4 Okt - Bagi memberi penghormatan dan meraikan para pelanggannya, MBSB Bank Berhad (MBSB Bank) menawarkan hadiah menarik bernilai RM2.4 juta menerusi kempen 'Simpan Berganda Menang Bergaya 2.0'.

 

MBSB Bank dalam satu kenyataan berkata, hadiah tersebut meliputi pakej pelancongan ke Eropah atau ibadah umrah, kereta mewah Mercedes Benz A 200 Progressive Line, Mercedes Benz C 200 Avantgarde Line, Mercedes Benz GLC 300e Coupe, emas, iPhone, konsol permainan, hadiah wang tunai dan banyak lagi.

 

"Kempen itu, yang merupakan sekuel kepada ‘Simpan Berganda Menang Bergaya’ telah bermula pada 1 September 2022 dan akan berlangsung sehingga 31 Mei 2023.

 

"Penyertaan terbuka kepada pelanggan individu dengan akaun semasa atau simpanan PrimeWin Bank MBSB Akaun-i dengan deposit minimum RM100," katanya.

'

Menurutnya, kepada pelanggan baharu yang berminat untuk menyertai kempen tersebut, boleh membuka akaun semasa atau simpanan PrimeWin (CASA-i) MBSB Bank melalui permohonan M FAST Online.

 

 

mbsb

 

 

Mereka juga boleh mengunjungi mana-mana daripada 47 cawangan Bank MBSB yang terletak di seluruh negara, katanya. - DagangNews.com