Skip to main content

Maybank juara Kejohanan Badminton Antara Institusi Kewangan CTOS 2022

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 5 Okt - Maybank muncul juara Kejohanan Badminton Antara Institusi Kewangan CTOS 2022 apabila menewaskan CIMB sekaligus memenangi wang tunai RM5,000 beserta trofI Cabaran Piala Perdana.

 

Kejohanan yang berlangsung pada 1 dan 2 Oktober 2022 menyaksikan Vincent Phuah dan Cassie Choong dari Maybank berjaya mengatasi Muhammad Firdaus Zainudin dan Linitha A/P Sambenthan dari CIMB dalam acara beregu campuran dengan kemenangan (21-5, 21-14). 

 

CIMB kembali dalam acara beregu lelaki dengan Chan Junn Lym dan Lee Jie Jin menewaskan Mohd Shahruddin Mukalim dan Jimmy Tan dari Maybank (21-12, 21-12). Mewakili Maybank dalam acara beregu veteran lelaki, Wong Thien Mun dan Yap Kim Heng menewaskan pemain CIMB, Mohd Azhany Roslan dan Zulkeflee Che Mohamad (21-18, 21-14). 

 

Bagi beregu wanita pula, Natrah Mazli dan Norhasikin Md Amin dari Maybank sekali lagi mengalahkan Nooraziah Nordin dan Yap Wei Yin dari CIMB (21-7, 21-7).

 

Bagi tempat kedua, CIMB membawa pulang hadiah wang tunai sejumlah RM3,000. Di tempat ketiga dan keempat, pasukan Kementerian Kewangan (MOF) dan Bank Negara Malaysia (BNM) membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000 dan RM1,000. 

 

Dalam Piala Plate, Bank Muamalat mengatasi HSBC untuk merebut gelaran dan hadiah wang tunai RM800, manakala pasukan HSBC membawa pulang hadiah berjumlah RM500.

 

Kejohanan tersebut menyaksikan institusi kewangan terkemuka negara menghantar pemain terbaik mereka untuk mempamerkan kemahiran dan memupuk hubungan yang lebih kukuh dalam sektor kewangan Malaysia sambil mempromosikan keseimbangan kehidupan bekerja yang sihat. 

 

 

maybank

 

 

Ia adalah salah satu kejohanan badminton tempatan tahunan terbesar sektor kewangan yang menyaksikan 24 pasukan bertanding tahun ini, dua kali ganda jumlah yang menyertai kejohanan sulung pada tahun 2017.

 

Ketua Pegawai Eksekutif CTOS Data Systems Sdn Bhd, Eric Chin berkata, sebagai agensi pelaporan kredit terkemuka di Malaysia, misi mereka adalah untuk membantu memperkasakan individu dan perniagaan untuk mendapatkan akses kepada kredit, membolehkan mereka mempunyai masa depan yang lebih baik. 

 

"Kami ingin memupuk kerjasama di antara pihak awam-swasta yang lebih kukuh dalam sektor kewangan Malaysia. Melalui kejohanan badminton ini, kami berharap dapat memberi inspirasi kepada rakan-rakan institusi kewangan untuk memupuk lebih banyak model peranan daripada peringkat korporat.

 

 

maybank

 

 

maybank

 

 

"Pada masa sama juga melibatkan mereka dalam sukan untuk menggalakkan keseimbangan kehidupan bekerja yang sihat dalam masyarakat. Dengan cara ini, kita bukan sahaja dapat berusaha untuk mengekalkan kesihatan kewangan negara, tetapi juga kesihatan fizikal," katanya dalam satu kenyataan.

 

Pasukan yang menyertai kejohanan itu termasuk, Aeon Credit, Agro Bank, Alliance Bank, Allianz Malaysia, Bangkok Bank, Bank Islam, Bank Muamalat, Bank Rakyat, BNM, Bursa, CIMB, Citibank, Co-opbank Pertama, CTOS, Deutsche Bank, HSBC, KFH, Lonpac Insurance Berhad, Maybank, MBSB Bank, MOF, SCB, Tune Protect dan UOB. - DagangNews.com