Makan dan raih NFT menerusi aplikasi FoodKaki Agmo Holdings | DagangNews Skip to main content

Makan dan raih NFT menerusi aplikasi FoodKaki Agmo Holdings

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 24 Nov - Pakar pembangunan aplikasi, Agmo Holdings Berhad hari ini mengumumkan penampilan aplikasi makan dan raih Non-Fungible Tokens (NFT) pertama di Malaysia, FoodKaki. 

 

Menerusi FoodKaki, penggunka boleh meraih NFT dengan hanya keluar dan menikmati makanan yang sedap di seluruh negara.

 

Agmo membawa kelainan dengan memberi ganjaran kepada pengguna FoodKaki dengan ganjaran dengan menyelesaikan misi mudah yang biasanya melibatkan daftar masuk dan makan di tempat yang disyorkan yang disenaraikan dalam aplikasi itu.

 

Pengguna FoodKaki kemudiannya boleh menggunakan mata yang diraih untuk menebus NFT untuk berdagang di pasaran NFT seperti OpenSea.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Agmo, Tan Aik Keong berkata, pihaknya mahu memberikan pengalaman NFT baharu kepada pengguna FoodKaki.

 

agmo

 

"Pelancaran FoodKaki dengan NFT yang disepadukan ke dalam mekanisme adalah konsisten dengan slogan Agmo iaitu menjadikan kehidupan lebih baik dengan teknologi," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Beliau berkata, Agmo telah membangunkan aplikasi unik ini yang menggabungkan kesukaan rakyat Malaysia terhadap makanan dengan teknologi selain memberi peluang kepada pengguna FoodKaki untuk makan sambil menjana pendapatan.

 

agmo

 

Pada masa sama, FoodKaki juga menggalakkan pengguna untuk mengunjungi kedai makanan tempatandalam usaha menyokong ekonomi Malaysia.

 

"Perjalanan NFT kami begitu menarik tetapi kami dapat mengurangkan risiko, meningkatkan peluang untuk berjaya dan membangunkan aplikasi Eat-to-Earn yang akan memberi manfaat kepada pengguna dan pedagang.

 

"Kami percaya FoodKaki adalah pilihan yang tepat untuk peniaga makanan dan minuman yang ingin meneroka dunia NFT," katanya. - DagangNews.com