LYC Healthcare dilantik pengedar eksklusif produk suplemen diabetes di Malaysia, Singapura | DagangNews.com Skip to main content

LYC Healthcare dilantik pengedar eksklusif produk suplemen diabetes di Malaysia, Singapura

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 1 Dis - LYC Healthcare Berhad (LYC) memeterai perjanjian pengedaran eksklusif dengan CuraLife Spain S.L.U (CuraLife) untuk mengedarkan produk suplemen diabetes yang dikenali sebagai Curalin di Malaysia dan Singapura.

 

Dikilangkan di Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat, Curalin ialah pemakanan herba suplemen dengan keberkesanan yang terbukti dalam menggalakkan tindak balas glisemik dan tahap tenaga yang sihat.

 

Ia mengurangkan keinginan untuk gula dan lain-lain karbohidrat dan menggalakkan penurunan berat badan yang sihat. 

 

Diperbuat daripada sembilan bahan semulajadi digabungkan dalam satu formula unik, Curalin mempunyai lebih daripada 100,000 pengguna harian aktif dan tersedia di 20 negara.

 

Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan LYC, David Sui Diong Hoe berkata, penambahan Curalin akan melebar portfolio produk nutraseutikal kumpulan yang semakin meningkat yang disasarkan untuk meningkatkan kesihatan, jangka hayat dan melambatkan proses penuaan.

 

“Pada masa ini, dianggarkan 1 dalam setiap 5 rakyat Malaysia dan setiap 9 rakyat Singapura menghidap diabetes dan angka ini dijangka meningkat lebih jauh dengan Malaysia dan Singapura menjadi penduduk yang semakin tua," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Naib Presiden Perkongsian CuraLife, Marco Fortino pula berkata, pihaknya teruja untuk meluaskan jangkauan pasaran Curalin ke rantau ASEAN, bermula dengan Malaysia dan Singapura. 

 

 

lyc

 

 

"Pada pandangan kami, LYC ialah rakan strategik yang sesuai kerana kami boleh memanfaatkan rangkaian perniagaan dan pengetahuan pasaran mereka industri nutraseutikal dan penjagaan kesihatan di kedua-dua negara ini," katanya.

 

Untuk memastikan kejayaan pelaksanaan kempen pemasaran yang berkesan kepada peningkatakan kesedaran Curalin, kumpulan akan menyenaraikan produk di dalam talian rasmi kedai LYC di Lazada (https://www.lazada.com.my/shop/lyc nutrihealth/) dan Shopee (https://shopee.com.my/lyc_nutrihealth) bagi memanfaatkan pengetahuan kukuh CuraLife tentang jualan digital.

 

Bagi mengembangkan lagi segmen nutraseutikalnya, LYC berhasrat untuk memulakan pengedaran dengan pengeluar dan pemilik produk lain. - DagangNews.com