KKB Engineering raih kontrak EPC daripada Sarawak dan Sabah Shell | DagangNews Skip to main content

KKB Engineering raih kontrak EPC daripada Sarawak dan Sabah Shell

KUALA LUMPUR 25 Nov - KKB Engineering Bhd. dilantik sebagai kontraktor utama untuk perjanjian harga bagi kejuruteraan, perolehan dan pembinaan (EPC) platform telaga standard untuk Sarawak Shell Bhd (SSB)/Sabah Shell Petroleum Co Ltd (SSPC).

 

Ia menerima surat anugerah daripada SSB dan SSPC menerusi anak syarikatnya, OceanMight Sdn. Bhd.

 

Menurutnya, kontrak itu akan berkuat kuasa mulai 24 Oktober 2022 hingga 23 Oktober 2027.

 

"Dokumen kontrak rasmi akan dilaksanakan dalam masa terdekat," katanya dalam makluman di Bursa Malaysia hari ini.

 

Bagaimanapun, tiada nilai kontrak dinyatakan dalam pengumuman tersebut.

 

KKB berkata, penggunaan perjanjian harga itu tertakluk kepada pesanan pembelian yang akan dikeluarkan oleh SSB dan SSPC.

 

Perjanjian harga itu tidak memberi kesan kepada modal saham syarikat dan dijangka menyumbang secara positif kepada keuntungan dan aset bersih kumpulan sepanjang tempoh kontrak. - DagangNews.com