KFC perkenal rasa eksotik Timur Tengah pada Ramadan & Raya dengan KFC Arabian Spice Crunch | DagangNews Skip to main content

KFC perkenal rasa eksotik Timur Tengah pada Ramadan & Raya dengan KFC Arabian Spice Crunch

KUALA LUMPUR 21 Mac – Tahun ini, KFC mahu menambah keseronokan berbuka puasa dan sambutan Hari Raya dengan hidangan sedap menjilat jari ala Arab iaitu KFC Arabian Spice Crunch - rasa baharu dicipta menggunakan rempah ratus Arab yang pasti menyengat!

 

Dengan Arabian Spice Crunch, KFC membawa deria rasa anda ke pengembaraan eksotik Timur Tengah di mana gabungan aneka rempah ratus Arab yang beraroma harum seperti paprika manis, minyak zaitun, buah pelaga, dan banyak lagi menyaluti sempurna ayam goreng Hot & Spicy signature KFC.

 

Anda bakal menikmati cetusan rasa tajam namun beraromatik yang pedas, manis, dan salai (smoky) dan pasti memuaskan selera anda dengan setiap gigitan rangup.

 

Ketua Pegawai Pemasaran KFC Malaysia, Chan May Ling berkata, di KFC, pihaknya percaya juadah makanan tidak sepatutnya membosankan dan KFC sentiasa berinovasi untuk membawakan rasa baharu yang lazat, lebih-lebih lagi untuk menceriakan sambutan Ramadan dan Raya anda.

 

"Dengan ciptaan terbaharu Arabian Spice Crunch, kami berharap ianya membawakan kegembiraan kepada anda dan mereka yang tersayang dalam menyambut hari-hari istimewa ini bersama,” kata beliau. 


 

KFC

 

 

Bermula RM17.49, KFC Arabian Spice Cunch boleh didapati untuk waktu terhad di restoran KFC seluruh negara bermula 16 Mac. Anda boleh menikmati hidangan ini melalui 3 pilihan: (1) Kombo 2-ketul, (2) Kombo 3-ketul, dan (3) Box Meal.

 

Pada masa yang sama, dicipta untuk dikongsi bersama, KFC Bucket Kongsi dengan Nuget Pedas baharu juga boleh didapati dalam Kombo 6-ketul, 10-ketul, atau 12-ketul. Bucket ini pasti memeriahkan suasana himpunan Ramadan & Raya anda.

 

 

kfc

 

 

Tambahan lagi, untuk kesenangan anda semasa bulan Ramadan bermula 23 Mac sehingga 21 April 2023, hidangan sahur boleh didapati seawal 4 pagi di restoran KFC terpilih seluruh negara di mana anda boleh mendapatkan hidangan sarapan penarik selera seperti Nasi Lemak KFC, Bubur Zinger, dan KFC Hot Teh Tarik yang baharu dilancarkan.


 

KFC

 

kfc

 


Dapatkan KFC Arabian Spice Crunch, Bucket Kongsi, dan Sarapan KFC di restoran KFC seluruh negara melalui seluruh saluran khidmat kami termasuk makan di restoran, pandu lalu, Penghantaran & Self Collect.

 

Sementara itu, hidangan sahur bakal boleh didapati melalui khidmat makan di restoran dan pandu lalu di restoran KFC Breakfast (24-jam) di seluruh negara ketika bulan Ramadan. - DagangNews.com