Gamuda lantik Tan Sri Ambrin Buang sebagai pengerusi kumpulan berkuatkuasa 1 Februari 2023 | DagangNews Skip to main content

Gamuda lantik Tan Sri Ambrin Buang sebagai pengerusi kumpulan berkuatkuasa 1 Februari 2023

Tan Sri Ambrin Buang
Oleh JOHARDY IBRAHIM

KUALA LUMPUR 1 Feb - Gamuda Bhd telah melantik semula bekas juruaudit besar Tan Sri Ambrin Buang sebagai pengerusi baharu kumpulan itu, menggantikan Datuk Mohammed Che Hussein, yang bersara pada Disember 2022.

 

Ambrin, 74, menyertai lembaga pengarah Gamuda pada September 2018 sebagai pengarah bukan eksekutif bebas gergasi pembinaan itu.

 

Ambrin dilantik sebagai juruaudit negara pada Februari 2006, dan menamatkan perkhidmatannya pada Februari 2017.

 

“Sejak 15 tahun lalu, Tan Sri sering menjadi penceramah menyampaikan pandangan dan perspektifnya mengenai pengauditan sektor awam, tadbir urus yang baik dan integriti di banyak seminar dan persidangan yang dianjurkan di dalam dan di luar negara,” kata Gamuda dalam pemakluman di Bursa Malaysia.

 

Selepas pelantikannya sebagai pengerusi Gamuda, berkuat kuasa hari ini, Ambrin akan melepaskan jawatan pengerusi jawatankuasa audit dan keahliannya dalam jawatankuasa pencalonan kumpulan itu.

 

Ketika pasaran ditutup Selasa, saham Gamuda ditutup sembilan sen atau 2.35% lebih tinggi pada RM3.92, memberikannya permodalan pasaran RM10.27 bilion. - DagangNews.com