Econpile dapat subkontrak projek pembinaan bernilai RM24.6 juta | DagangNews Skip to main content

Econpile dapat subkontrak projek pembinaan bernilai RM24.6 juta

Oleh ZUNAIDAH ZAINON

KUALA LUMPUR 4 Okt - Econpile Holdings Bhd. menerusi anak syarikat milik penuhnya Econpile (M) Sdn. Bhd. menerima subkontrak bagi projek pembinaan bernilai RM24.6 juta. 

 

Ia menerima surat perlantikan bertarikh 29 September 2022 daripada Berjaya Construction Bhd., menurutnya dalam makluman di Bursa Malaysia hari ini.

 

Kontrak itu membabitkan kerja-kerja menyiapkan substruktur - cerucuk, penutup cerucuk, ruang bawah tanah, tingkat bawah dan kerja-kerja berkaitan bagi cadangan pembinaan kediaman servis 41 tingkat di Jalan Imbi, Kuala Lumpur.

 

Projek tersebut yang dijangka siap dalam tempoh 13 bulan bermula 6 Oktober 2022 akan menyumbang secara positif kepada hasil dan pendapatan kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2023 dan seterusnya.

 

Menurut Econpile, tiada risiko ketara yang boleh dijangka selain daripada risiko operasi yang berkaitan dengan projek semasa tempoh kontrak.

 

"Bagaimanapun, pihak pengurusan akan melaksanakan langkah kawalan dan prosedur operasi untuk mengurangkan kesan atau kemungkinan kejadian tersebut," katanya. - DagangNews.com