Dato Chamil melawat pejabat DagangNews.com | DagangNews Skip to main content

Dato Chamil melawat pejabat DagangNews.com

Dato Chamil Wariya (dua dari kiri) ketika melawat pejabat editorial DagangNews.com di Shah Alam pada 14 mac 2023. - Gambar DagangNews

SHAH ALAM 14 Mac - DagangNews.com amat bertuah dan berbangga menerima kunjungan CEO Institut Akhbar Malaysia (MPI), Dato Chamil Wariya ke kantor portal ini di Plaza Azalea, Seksyen 14, Shah Alam pagi ini.

 

Kunjungan beliau disambut oleh Pengarang Urusan, Sdr Johardy Ibrahim dan sebahagian warga kerja portal berita perniagaan berbahasa Melayu ini (sebahagian lagi WFH).

 

Kedua-dua pihak bertukar-tukar pandangan mengenai situasi semasa industri media media terutama elektronik.


 

parafrasa

 

parafrasa


 

Dato Chamil juga diberi penerangan mengenai sejarah penubuhan dan hala tuju pelan perniagaan DagangNews yang kini berada di tahun akhir Fasa 1.

 

Sdr Johardy turut memberi komitmen DagangNews akan aktif dan menyokong aktiviti-aktiviti MPI termasuk sambutan Hari Wartawan Nasional di Ipoh pada Mei depan. - DagangNews.com