CMM lancar program modal teroka korporat merangsang pelaburan dalam PMKS | DagangNews Skip to main content

CMM lancar program modal teroka korporat merangsang pelaburan dalam PMKS

Oleh DIYANA ISAMUDIN

KUALA LUMPUR 21 Mac - Capital Markets Malaysia (CMM) telah melancarkan program modal teroka korporat (CVC) pertama negara untuk memajukan ekosistem modal teroka tempatan dan ekuiti persendirian dengan merangsang pelaburan korporat oleh syarikat tersenarai awam (PLC) yang besar.

 

“Pendekatan tersebut akan meransang minat korporat dan pelaburan dalam syarikat baharu atau perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) untuk membina keyakinan dalam penerokaan korporat sebagai strategi pemboleh atau inovasi yang berpotensi memangkin pertumbuhan’” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Kerjasama syarikat sekutu Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SSM) itu dengan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk program tersebut mengukuhkan kepentingan teknologi dan pendigitalan dalam memacu transformasi dan kemajuan ekonomi.

 

Menerusi inisiatif ini, CMM akan bekerjasama dengan agensi berkaitan dan entiti pelaburan di Malaysia untuk menyatukan dan menghubungkan rangkaian yang meningkatkan akses kepada modal, pembinaan kapasiti serta kepimpinan dan pembangunan perniagaan.

 

Menurut CMM, program itu akan menjana aktiviti ekonomi yang mewujudkan pekerjaan bernilai tinggi, peluang perniagaan dan pembangunan bakat, serta memartabatkan komuniti menerusi pengukuhan ekonomi tempatan daripada kejatuhan global pada masa akan datang.

 

“Selain itu, struktur tersebut juga bertujuan untuk peralihan Malaysia ke arah ekonomi hijau, membangunkan industri berteknologi tinggi dan mempercepatkan pertumbuhan PLC dengan memanfaatkan pendigitalan dan inovasi,” katanya.

 

Pengurus Besar CMM, Navina Balasingam berkata matlamat pertama CVC adalah untuk membentuk pasaran swasta yang rancak dengan menarik pelaburan korporat melalui promosi, kesedaran dan akhirnya kebiasaan dengan penerokaan korporat.

 

 

navina
Navina Balasingam

 

 

Seterusnya, program itu memperkasakan PLC dalam memahami bila dan cara memanfaatkan penerokaan korporat untuk untuk memacu pertumbuhan strategik.

 

“Terdapat banyak kejayaan saling menguntungkan, di mana korporat dapat mengembangkan portfolio produk mereka untuk memperoleh peluang baharu dan meningkatkan perniagaan mereka atau jana pendapatan daripada pelaburan untuk tujuan strategik yang lain,” ujar Navina.

 

Beliau yakin lebih banyak syarikat awam dan swasta akan mendapat manfaat daripada pelaburan dan inovasi yang disumbangkan oleh setiap pihak.

 

Sementara itu Pengerusi Eksekutif SSM dan Pengerusi CMM, Datuk Seri Dr. Awang Adek Hussin berkata pasaran modal memainkan peranan penting dalam mengukuhkan struktur kewangan.

 

 

Datuk Seri Dr Awang Adek Hussin
Datuk Seri Dr Awang Adek Hussin

 

 

“Bagi memudahkan penyertaan yang lebih luas dalam ekonomi memerlukan infrastruktur dan rangkaian, terutamanya akses besar kepada modal dan saluran pembiayaan untuk memudahkan pembinaan kapasiti mengikut skala.

 

Program ini membina ekosistem sedia ada untuk menghubungkan pemain ekosistem berbeza merentasi pasaran swasta dan awam, daripada usahawan, syarikat baharu kepada PLC bermodal besar yang matang,” katanya. -DagangNews.com