Cheetah lancar siri khas jersi untuk peminat bola sepak | DagangNews Skip to main content

Cheetah lancar siri khas jersi untuk peminat bola sepak

KUALA LUMPUR 29 Nov - Sempena kehangatan Piala Dunia 2022 ketika ini, Cheetah hari ini melancarkan siri khas jersi bola sepak untuk para peminat bola sepak di seluruh negara.

 

Koleksi ini mempamerkan kehebatan Cheetah dalam jalinan warna-warna terang dan reka bentuk berani dengan fungsi berorientasikan sukan untuk mencipta kenyataan fesyen di dalam dan di luar padang bagi peminat bola sepak dalam menyokong pasukan kegemaran mereka. 

 

Konsep dan reka bentuk jersi bola sepak ini direka khas oleh pereka terkenal dan Pengarah Kreatif Cheetah, Datuk Jovian Mandagie.

 

Jovian berkata, Koleksi Tuan Rumah baharu terdiri daripada penampilan kasual untuk peminat bola sepak yang gemar dengan rangkaian lengkap untuk lelaki dan wanita. 

 

"Siluet bersaiz besar dengan fabrik penyejukan menjanjikan keselesaan terbaik memakainya dengan gaya hidup aktif. Warna-warna cerah dipilih untuk meraikan musim bola sepak ini yang dijangka menggembirakan peminat dunia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Pengarah Eksekutif Cheetah Holdings Berhad, Roy Ho Yew Kee berkata, Cheetah berada di kedudukan terbaik untuk menawarkan peminat bola sepak peluang untuk menzahirkan cetusan diri mereka sendiri dan bersatu dengan dunia bagi meraikan ekstravaganza bola sepak yang berlangsung sekarang.

 

“Cheetah juga memiliki kaitan dengan bola sepak yang lama dan merupakan jenama bagi jersi rasmi Kelab Bolasepak Perak. Siri jersi bola sepak yang kami perkenalkan direka khas untuk kelihatan bergaya dan pada masa sama, berprestasi baik di dalam sebarang pertandingan kompetitif,” katanya.

 

 

cheetah

 

 

Siri jersi bola sepak Cheetah kini boleh didapati di kedai jualan Cheetah terpilih dan dua kedai utama Cheetah Flagship Stores di Pusat Beli-Belah 1 Utama dan SkyAvenue (Genting Highlands) dengan harga jualan bermula daripada RM39 dan ke atas. 

 

Cheetah juga menganjurkan Peraduan Bola Sepak Cheetah, yang meramalkan juara dunia untuk meraih hadiah-hadiah wang tunai, dari sekarang sehingga 19 Disember 2022.

 

Para peserta dikehendaki membuat pembelian di kedai-kedai, kaunter atau laman web Cheetah. Promosi dan pameran juga diadakan di pusat-pusat beli belah terpilih menawarkan pelbagai permainan dan aktiviti menarik kepada pengunjung. - DagangNews.com