Brahim's sumbang 241 karton kurma kepada 80 masjid di Kuala Lumpur | DagangNews Skip to main content

Brahim's sumbang 241 karton kurma kepada 80 masjid di Kuala Lumpur

Nur Fatin Ibrahim (kanan) menyerahkan sumbangan kurma kepada Datuk Mohd Ajib Ismail sebagai tanda simbolik di Pejabat Urusan Dewina Holdings Sdn Bhd, Bandar Baru Bangi, Selangor pada 20 Mac 2023.
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 21 Mac - Kumpulan Brahim’s Dewina menyumbang sebanyak 241 karton kurma ajwa dan 800 karton air mineral kepada 80 buah masjid di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), sempena Ramadan.

 

Brahim's dalam hantaran di Facebook memaklumkan, sumbangan kurma dan air mineral dilaksanakan oleh pihak kumpulan hampir setiap tahun.

 

Katanya, tahun ini merupakan tahun ketiga pihaknya bekerjasama dengan Jawi dalam menjayakan program sumbangan tersebut.

 

"Pada tahun ini, sekali lagi kami akan memberikan sumbangan kurma ajwa dan air mineral kepada lebih kurang 80 buah masjid yang berada di bawah seliaan Jawi.

 

"Lebih kurang 241 karton kurma ajwa  dan 800 karton air mineral telah diperuntukkan untuk program ini," katanya.

 

 

brahims

 

 

Turut hadir dalam majlis penyerahan sumbangan tersebut, Pengarah Urusan Kumpulan Brahim’s Dewina, Nur Fatin Ibrahim dan Pengarah Jawi, Datuk Mohd Ajib Ismail. - DagangNews.com