Berbuka puasa dengan piza terbaharu Spicy Krunch bersama Mamee Monster! | DagangNews Skip to main content

Berbuka puasa dengan piza terbaharu Spicy Krunch bersama Mamee Monster!

Oleh MOHD RIDUAN RIZAL AHMAD

SHAH ALAM 29 Mac - Warga Editorial DagangNews.com hari ini gembira menerima kunjungan wakil QSR Brands (M) Holdings yang membawa juadah istimewa untuk berbuka puasa iaitu Spicy Krunch keluaran terbaharu Pizza Hut Malaysia.

 

Pengurus Komunikasi Korporat Kumpulan QSR, Rosnah Chok dan Eksekutif Kanannya, Intan Amelia Mohd Shah turut menunjukkan bagaimana snek Mamee dicampur aduk dan ditabur di atas piza.

 

Piza Spicy Krunch menampilkan piza kerak yang didatangkan dengan bebola ayam yang rangup dan sos pedas istimewa, dihidangkan bersama mi snek Lada Hitam Mamee Monster yang istimewa.


 

irsyad
Rosnah Chok menyampaikan juadah Piza Spicy Krunch kepada Pengarang DagangNews, Johardy Ibrahim di Shah Alam pada 29 Mac 2023.

 

Sama seperti Hari Raya setahun sekali, piza ini juga merupakan pengalaman sekali seumur hidup. Jangan terlepas tawaran Ramadan dan pesan sebelum 4.30 petang antara 22 Mac hingga 21 April 2023 untuk menikmati diskaun RM7.

 

Pesan sekarang melalui aplikasi Pizza Hut atau pergi ke restoran Pizza Hut berdekatan untuk makan-makan atau bawa pulang.

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pizzahut.com.my. - DagangNews.com