Banjir reda, 153 mangsa Taiping masih berlindung di tiga Pusat Pemindahan Sementara  | DagangNews Skip to main content

Banjir reda, 153 mangsa Taiping masih berlindung di tiga Pusat Pemindahan Sementara 

Sebahagian daripada penduduk di Batu Kurau yang dipindahkan pasukan penyelamat.
oleh ZAKI SALLEH

TAIPING 6 Nov - Masih terdapat 153 mangsa banjir melibatkan 50 keluarga ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) ekoran banjir di Taiping kelmarin.

 

Daripada jumlah itu seramai 90 mangsa di PPS Masjid Al-Wusta, 55 orang di Sekolah Kebangsaan Matang Gelugur (55) dan Surau Kampung Perak (lapan).

 

Jumlahnya berkurangan berbanding 274 penduduk dari Taiping, Batu Kurau dan Larut yang dipindahkan.


 

taiping
Anggota bomba memantau paras air ekoran banjir kilat di Taiping semalam.

 

 

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak, paras air Sungai Ijok melebihi paras normal namun berada di bawah paras waspada.

 

"Mangsa akan dibenarkan pulang apabila banjir surut dan pemantauan mendapati keadaan adalah selamat," ujarnya dalam kenyataan itu.

 

Hujan lebat petang semalam menyebabkan beberapa kampung di sekitar Taiping terjejas dan ratusan penduduk terpaksa dipindahkan ke PPS.

 

Sehingga pagi ini pemantauan masih dilakukan oleh pasukan penyelamat. - DagangNews.com