Apakah Takaful Semula atau Re-Takaful? | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
Iktisad - 7 March 2023

Apakah Takaful Semula atau Re-Takaful?

 

 

 

`Takaful semula' merupakan “takaful untuk pengendali takaful”. Ia adalah berdasarkan prinsip Syariah.

 

Takaful semula ialah transaksi di mana satu syarikat (pengendali takaful semula) bersetuju untuk menanggung rugi syarikat takaful lain terhadap semua atau sebahagian daripada kerugian yang dialami oleh syarikat tersebut di bawah kontrak takaful yang telah dipersetujui. Untuk perkhidmatan ini, pengendali takaful membayar caruman kepada pengendali takaful semula.

 

Takaful semula membenarkan pengendali berkongsi risiko yang mereka tidak boleh, atau tidak mahu, ambil.

 

Tujuan utama takaful semula adalah serupa dengan insurans semula - untuk diversifikasi risiko dan menambah kapasiti supaya lebih besar atau lebih banyak risiko yang boleh ditulis (diambil).

 

Dengan mendiversifikasikan risiko dalam industri takaful, takaful semula membolehkan industri takaful berfungsi dengan lebih cekap.


 

parafrasa

 


Takaful semula ini kelihatan seperti insurans semula, tetapi perbezaan asasnya ialah takaful semula adalah mengenai perkongsian risiko, iaitu risiko pengendali takaful tidak dipindahkan kepada pengendali takaful semula.

 

Pengendali takaful semula menjadi pengurus risiko dan bukannya pengambil risiko. Ini adalah cerminan kepada perhubungan antara pengendali takaful sebagai ejen dan peserta takaful sebagai pemilik dana takaful.

 

Risiko kekal dengan peserta dan dengan lanjutan kepada takaful semula ia membayangkan bahawa risiko kekal dengan pengendali takaful.

 

Antara sebab adanya perlindungan takaful semula ialah:

1. Malapetaka:
Ia melindungi pengendali takaful daripada satu kerugian besar atau beberapa kerugian besar. Malapetaka juga dikenali sebagai risiko "pendedahan tinggi dan kekerapan rendah", yang menyukarkan penetapan harga kerana kekurangan pengalaman kekerapan tuntutan yang boleh dipercayai. Ia hanya boleh disediakan oleh pengendali takaful semula yang bermodal besar.

 

2. Penarikan diri:
Ia menyediakan cara untuk pengendali takaful menarik diri daripada meneruskan memegang risiko perniagaan, di mana pengendali takaful akan menyerahkan semua risiko perniagaan yang berkenaan kepada pengendali takaful semula yang akan membiarkannya risiko tersebut berjalan sehingga polisi terakhir tamat tempoh.

 

3. Kemasukan pasaran:
Ia membantu pengendali takaful diversifikan risiko pada risiko perniagaan baharu sehingga jumlah caruman mencapai tahap kematangan tertentu; ia boleh menambah keyakinan atas risiko-risiko yang tidak dikenali. Ini menangani dua perkara: pertama, kepakaran teknikal yang diperlukan untuk menetapkan harga risiko yang mungkin tidak diketahui oleh pengendali takaful dan yang kedua, untuk menyediakan kapasiti dan/atau sejenis pembiayaan sehingga jisim kritikal telah dicapai di mana pengendali takaful boleh mengekalkan lebih banyak risiko. Ini adalah bidang utama bagi pengendali takaful semula antarabangsa kerana mempunyai pengalaman teknikal, kapasiti dan asas modal yang kukuh.

 

4. Kepakaran:
Ia menyediakan pengendali takaful dengan sumber maklumat pengunderaitan apabila ia berkaitan dengan risiko insurans baharu atau pasaran baharu. Sekali lagi, ini adalah salah satu perkhidmatan utama yang disediakan oleh pengendali takaful semula antarabangsa kerana pengalaman mereka dan rangkaian global di mana pengalaman daripada pasaran di seluruh dunia dikumpulkan. Syarikat takaful semula yang lebih kecil atau serantau mungkin menemui niche mereka dalam bidang pengetahuan pasaran tempatan.

 

5. Kewangan:
Ia mengurangkan tekanan pada modal pengendali takaful. Takaful semula dapat meringankan bebanan modal kerana masih banyak pengendali takaful yang masih kecil dan dalam peringkat pembangunan.

 

Secara ringkas, penulis merumuskan bahawa takaful semula merujuk kepada perniagaan takaful semula kepada pengendali takaful yang lain.

 

Maksudnya syarikat takaful semula akan mengambil sebahagian daripada risiko pengendali takaful untuk memastikan pengendali takaful tersebut mampu memberikan pampasan yang sempurna kepada para pelanggan mereka, jika berlaku sebarang kemudaratan kepada pelanggan.

 

Apabila syarikat takaful semula ini mengambil risiko tersebut, maka sebahagian daripada bayaran pelanggan kepada pengendali takaful akan diberikan kepada syarikat takaful semula.

 

Tambahan, pengendali takaful semula perlu memastikan pematuhan Syariah sepenuhnya dengan cara yang sama seperti yang dilakukan oleh pengendali takaful.


 

parafrasa

 


Aspek penting ialah penapisan risiko Syariah, yang dilakukan semasa proses pengunderaitan.

 

Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan dalam pendekatan syarikat takaful semula terhadap perkara ini, kerana mereka biasanya tidak mempunyai maklumat yang sama dan penuh tentang setiap risiko yang mereka lindungi.

 

Ini adalah kerana risiko perniagaan selalunya diterima berdasarkan portfolio dan diandaikan bahawa ia telah pun melalui tapisan Syariah yang betul.

 

Sebelum memulakan perjanjian takaful semula yang baharu, pengendali takaful semula akan meneliti garis panduan pengunderaitan pengendali takaful. Ini dilakukan untuk memastikan pengunderaitan yang dilakukan oleh pengendali takaful adalah selaras dengan garis panduan yang ditetapkan oleh lembaga Syariah pengendali takaful semula.

 

Di Malaysia, Persatuan Takaful Malaysia, adalah sebuah persatuan yang aktif memberikan sokongan kepada industri takaful negara.


 

Mohd Radzuan Mohamed
                                                  Mohd Radzuan Mohamed

 


Ketua Pegawai Eksekutif MTA ialah Mohd Radzuan Mohamed adalah seorang pengamal kewangan yang berpengalaman. - DagangNews.com

 

 


Dr Razli Ramli merupakan Pensyarah Kanan, Sekolah Perniagaan Antarabangsa Azman Hashim (AHIBS) Universiti Teknologi Malaysia dan juga Felo Adjung Institut Perbankan dan Kewangan Islam (IIiBF) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
utm

KLIK DI SINI UNTUK KOLEKSI ARTIKEL IKTISAD

Portfolio Tags