80 sukarelawan alam sekitar kumpul 200 kilogram sampah kitar semula di Pantai Remis | DagangNews Skip to main content

80 sukarelawan alam sekitar kumpul 200 kilogram sampah kitar semula di Pantai Remis

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 27 Mac - Seramai 80 sukarelawan alam sekitar berjaya mengumpulkan hampir 200 kilogram sampah sarap yang boleh dikitar semula di Pantai Remis, Kuala Selangor baru-baru ini.

 

Sampah kitar semula yang berjaya dikumpulkan, termasuk penyedut minuman, cawan kertas, pinggan plastik, botol plastik, tin minuman, bekas polisterin dan sebagainya.

 

Sukarelawan yang terlibat terdiri daripada 40 ahli Kelab Sukan dan Rekreasi Hospital Pakar KPJ Rawang, 15 sukarelawan Yayasan Strategik Lestari (YSL) dan tiga ahli Rakan Alam Malaysia.

 

Aktiviti tersebut turut disertai sukarelawan muda dari YSL yang berusia 10 dan 12 tahun, serta beberapa pelajar dari Kolej Sunway dan masyarakat setempat.

 

Ketua Pegawai Eksekutif YSL, Dr. Mohd Fuad Mohd Salleh berkata, aktiviti tersebut mempupuk budaya melestarikan alam sekitar dalam kalangan peserta. 

 

 

ngo

 

 

“Usaha pembersihan pantai mendidik generasi akan datang supaya dapat memupuk budaya melestarikan alam sekitar dan memberi kesedaran kepada orang ramai,” katanya dalam satu kenyataan.

 

 

ngo

 

 

ngo

 

Turut hadir pada program itu, Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar KPJ Rawang, Ahmad Rafiquddin Mohd Amran. - DagangNews.com