7-Eleven buka cawangan 7Cafe ke-100 dalam tempoh kurang setahun | DagangNews Skip to main content

7-Eleven buka cawangan 7Cafe ke-100 dalam tempoh kurang setahun

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 22 Mac - Tidak sampai setahun, 7-Eleven Malaysia pantas mengorak langkah kejayaan menerusi pembukaan cawangan ke-100 7CAFé di Tropika Bukit Jalil, yang menawarkan kemudahan pengalaman gaya hidup membeli-belah yang menjadi trend pilihan ketika ini.

 

Pengurus Besar Pemasaran 7-Eleven Malaysia, Chin Hor Wai berkata, pembukaan kedai ke-100 itu adalah testimoni sah mereka dalam memberikan kemudahan membeli-belah serta menawarkan pilihan pelbagai produk. 

 

"Kami yakin dengan 7CAFé, kami boleh mengukuhkan kedudukan kami dalam segmen ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Menurut Chin, sempena pembukaan kedai konsep tersebut, semua 100 kedai 7CAFé memberikan mata bernilai My7E sebanyak RM10. 

 

"Ia adalah cara kami untuk menunjukkan penghargaan kepada pelanggan setia untuk memilih 7CAFé oleh 7-Eleven sebagai destinasi pilihan mereka untuk membeli-belah yang mudah," katanya.

 

Sempena pembukaannya di Tropika Bukit Jalil, pengguna My7E turut menikmati 20 kupon secara percuma yang boleh ditebus di kedai.

 

 

7e

 

 

7e

 

 

Setiap kedai konsep 7CAFé dihiasi dengan dinding mural unik yang membolehkan pembeli merakam detik-detik yang tidak dapat dilupakan semasa membeli-belah di kedai. 

 

 

7e

 

 

7e

 

 

7CAFé menawarkan makanan panas dan snek seperti cumi, ayam popcorn dengan pelbagai sos dan sosej koktel dengan kentang putar. - DagangNews.com