6 pelajar tajaan biasiswa alumni Yayasan Pak Rashid terima ijazah UPM | DagangNews.com Skip to main content

6 pelajar tajaan biasiswa alumni Yayasan Pak Rashid terima ijazah UPM

KUALA LUMPUR 2 Dis - Majlis Konvokesyen ke-46 Universiti Putra Malaysia (UPM) kali ini menyaksikan seramai enam pelajar tajaan biasiswa alumni Yayasan Pak Rashid (YPR) menerima ijazah masing-masing selepas menamatkan pengajian dengan cemerlang.

 

Pusat Perhubungan Alumni UPM dalam satu kenyataan berkata, salah seorang pelajar terbabit, Melissa Lok Mei Teng dari Fakulti Pertanian menerima Anugerah Hadiah Universiti bagi kategori Pingat Putra Agribio.

 

Menurutnya, Mellisa menzahirkan rasa terharu atas penajaan tersebut sepanjang pengajiannya sehingga berjaya merangkul hadiah itu yang bukan calang-calang untuk memenanginya.

 

"Selama empat tahun pengajian saya di UPM dan saya adalah penerima biasiswa YPR, banyak perkara yang telah saya pelajari," katanya.

 

Sementara itu, Goh Yong Sheng yang merupakan penerima Pingat Emas YPR merasakan anugerah yang diterimanya itu satu hadiah yang cukup bernilai di atas pengorbanan dalam mengharungi cabaran selama empat tahun di UPM. 

 

"Sokongan daripada keluarga menyediakan segala kelengkapan untuk belajar secara dalam talian yang mana rangkaian internet dan peranti menjadi dua perkara yang sangat penting," katanya.

 

Menurut kenyataan itu, sejak 2013 hingga 2022, seramai 21 pelajar berjaya menamatkan pengajian di bawah tajaan biasiswa tersebut.

 

 

upm
Goh Yong Sheng (kiri) menerima Pingat Emas YPR pada Majlis Konvokesyen ke-46 UPM

 

 

UPM

 

 

Katanya, YPR antara biasiswa alumni yang ditubuhkan bertujuan membantu para pelajar cemerlang dan tidak berkemampuan daripada segi kewangan.

 

Terdahulu, seramai 6,092 graduan program Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah menerima ijazah masing-masing pada majlis konvokesyen tersebut yang telah berlangsung dari 26 November hingga 2 Disember 2022.

 

 

upm

 

 

upm
                                                    Melissa Lok Mei Teng

 

 

upm

 

 

Sidang satu yang berlangsung di Kampus Bintulu, Sarawak turut menyaksikan yang turut menyaksikan keberangkatan Sultan Selangor yang juga Canselor UPM, Sultan Sharafuddin Idris Shah ke majlis tersebut. 

 

Sidang kedua pula diteruskan di UPM Serdang dan kali ini suasana kembali meriah dengan kehadiran graduan dan keluarga secara fizikal. 

 

Tradisi ini kembali menghangatkan suasana kampus dengan warna-warni konvokesyen yang menyaksikan banyak pengorbanan dan cabaran yang telah berjaya diharungi oleh pelajar sehinggalah hari ini mereka dianugerahkan ijazah masing-masing. - DagangNews.com