Cadangan pengambilalihan Link Net oleh Axiata, MIDF positif | DagangNews Skip to main content

Cadangan pengambilalihan Link Net oleh Axiata, MIDF positif

Oleh NABILA YASMIN RAZIB 

KUALA LUMPUR 28 Jan - Pertimbangan pembelian 66.03% kepentingan ekuiti dalam PT Link Net Tbk (Link Net) daripada Asia Link Dewa Pte. Ltd. (ALD) dan PT First Media Tbk (FM) pada harga IDR8.72t (RM2.55b)  oleh Axiata Group Bhd (Axiata) dan PT XL Axiata Tbk (XL Axiata) adalah selaras dengan strategi jangka panjang kumpulan di mana ia boleh mengukuhkan langkah strategiknya dalam segmen jalur lebar tetap dan kehadirannya di Indonesia. 

 

Menurut MIDF Research, aelain itu, Pertimbangan Pembelian turut disokong oleh analisis asas prestasi dan prospek kewangan dan operasi sejarah Kumpulan Link Net.

 

Ujarnya, cadangan pengambilalihan itu dijangka mewujudkan sinergi yang berpotensi untuk Link Net, Axiata dan XL dalam perkhidmatan komunikasi tanpa wayar, hubungan yang meluas dengan pelanggan di Indonesia dan penjajaran strategik yang kukuh. 

 

"Ditambah dengan tawaran perusahaan XL Axiata termasuk sambungan mudah alih, Link Net akan berada pada kedudukan yang baik untuk mengewangkan pasaran perusahaan yang semakin berkembang. 

 

"Selain itu, Axiata akan mendapat manfaat daripada profil aliran tunai Link Net yang kukuh dan pembayaran dividen yang konsisten. 

 

"Axiata juga boleh mewujudkan kedudukannya sebagai pemain digital terkemuka di rantau ini, dengan peningkatan pendedahan kepada hasil purata yang tinggi bagi setiap pelanggan pengguna dan potensi yang lebih tinggi dan pasaran jalur lebar tetap yang lebih pesat berkembang," katanya dalam nota penyelidikannya di sini hari ini.

 

Menurut Axiata, cadangan tersebut akan dibiayai melalui gabungan dana yang dijana secara dalaman dan/atau pinjaman bank, yang kadarnya akan ditentukan kemudian selepas mengambil kira, antara lain, keperluan tunai dalaman, tahap penggearan, kos faedah dan keadaan pasaran.

 

"Kami percaya ia akan menyumbang secara positif kepada pendapatan masa hadapan Kumpulan Axiata berdasarkan prospek Kumpulan Net Link. 

 

"Walau bagaimanapun, kami tidak mengubah anggaran pendapatan kami pada ketika ini sementara menunggu pemerolehan selesai. 

 

"Kami positif memandangkan cadangan pengambilalihan adalah strategik dan akan mengukuhkan kedudukan Axiata di Indonesia, dengan populasi pengguna Indonesia yang semakin meningkat, kami berpendapat ia mengukuhkan kedudukan Kumpulan Axiata di Indonesia kerana perniagaan jalur lebar tetap Link Net melengkapkan perniagaan mudah alih XL, dan kedua-dua syarikat ini boleh meningkatkan perkhidmatan mereka melalui cadangan tertumpu mudah alih tetap untuk pelanggan pengguna dan perusahaan.

 

"Secara keseluruhannya, kami mengekalkan BELI untuk Axiata dengan TP tidak berubah sebanyak RM5.39," kata MIDF.-DagangNews.com