Skip to main content

Cabaran utama wartawan: memerangi berita palsu

BIARPUN akses kepada kewartawanan yang berkualiti tinggi dan pelaporan yang boleh dipercayai menjadi semakin meluas, namun peranan media menjadi semakin mencabar.

 

Ini memandangkan mereka menghadapi tekanan yang semakin bertambah untuk meningkatkan output, menghasilkan kandungan menarik yang menonjol dalam kitaran berita 24 jam serta mendorong penglibatan.

 

Cision, platform komunikasi komprehensif yang membantu golongan profesional perhubungan awam dan pemasaran di seluruh dunia memahami, mempengaruhi dan menguatkan cerita mereka, mengeluarkan laporan State of the Media tahunannya.

 

Laporan itu mengandungi respons daripada lebih 3,800 wartawan daripada 17 pasaran global untuk memahami cabaran utama yang dihadapi dalam pasaran yang berkembang dengan pesat dan bagaimana perhubungan awam dapat menyokong pelaporan yang berkualiti tinggi dan boleh dipercayai.

 

Menurut laporan tersebut, cabaran terbesar para wartawan adalah mengekalkan kredibiliti sebagai sumber berita yang dipercayai (32%) dan memerangi tuduhan "berita palsu".

 

Bagi cabaran kedua terbesar pula, para wartawan memetik impak kakitangan yang lebih kecil dan sumber yang sedikit yang diberikan ke atas beban kerja mereka. Bahkan, tiga dalam sepuluh wartawan (29%) memfailkan 10 atau lebih cerita setiap minggu.
 

cision
                          

 

"Ia bukan lagi tugas wartawan untuk sekadar menyampaikan berita dan ia membuka peluang kepada komunikator profesional untuk menjalin kerjasama dengan jayanya bersama media bagi memastikan cerita disampaikan dengan cara yang pantas, berkesan dan relevan," kata Nicole Gulliot, Ketua Pegawai Operasi Cision dan Presiden PR Newswire. 

 

Apa yang Dimahukan oleh Wartawan daripada Golongan Profesional PR: 

Apabila melibatkan sumber yang paling bermanfaat kepada wartawan untuk menghasilkan cerita atau idea cerita, lebih daripada satu pertiga wartawan (37%) memetik siaran akhbar, menjadikannya jawapan teratas.

 

Lebih daripada tiga perempat (76%) ingin menerima siaran akhbar daripada jenama-jenama dan golongan profesional PR melalui sebarang jenis kandungan yang lain.

 

Trend dan data pasaran tersenarai di tempat kedua (63%) dan hampir separuh (49%) menginginkan jemputan acara.

 

"Siaran akhbar masih menjadi sumber terbaik dan merupakan kaedah pilihan untuk menyampaikan berita kepada media dengan cara yang sah, teliti dan segera," kata Gulliot.

 

Bagi menjalin hubungan yang lebih kukuh bersama wartawan, golongan profesional PR perlu peka akan hal yang berikut:
 

  • Maklumat yang tepat dan bersumber: Hampir dua pertiga (60%) mendapati adalah tidak boleh dimaafkan untuk menyediakan sesuatu yang kurang berkualiti, memandangkan terdapat kritikan yang tinggi terhadap kredibiliti dan kepercayaan khayalak.
     

  • Menepati tarikh akhir: Jika mereka merasakan bahawa golongan profesional PR tidak menghormati masa mereka, sebahagian besar wartawan (22%) berkata mereka tidak akan meluangkan masa mereka kepada golongan profesional PR berkenaan.
     

  • Hentikan spam: Sebahagian besar wartawan (74%) tidak akan bertolak ansur apabila "dihantar spam dengan pic yang tidak relevan," merupakan satu lagi alasan bagi memastikan pic menyasarkan media yang tepat. Bahkan, hanya 9% wartawan berkata kebanyakan pic yang diterima oleh mereka adalah relevan.
     

  • Merangkumkan multimedia: imej, video dan infografik: 22% wartawan berkata publisis boleh menjadikan tugas mereka lebih mudah dengan menyediakan kandungan tersebut dalam pic mereka dan siaran akhbar. Lebih daripada separuh (54%) berkata mereka lebih cenderung untuk membuat liputan tentang suatu cerita sekiranya pic tersebut merangkumkan multimedia di hadapan.

 

 

Nicole Gulliot
                                                                                                Nicole Gulliot

 

 

"Apabila melibatkan hubungan antara golongan profesional industri komunikasi dan wartawan, kesemuanya berkenaan dengan meringankan beban untuk media," kata Guillot.

 

"Ia bermula dengan mengenali wartawan yang tepat untuk diajak berbicara, menjalin kerjasama yang berasaskan kepada kepercayaan dan memahami khalayak yang ingin didekati oleh anda berdua bersama-sama."

 

Untuk maklumat lanjut, muat turun 2022 State of the Media Report: Insights PR Pros Need to Win Over Journalists Cision  - DagangNews.com