Skip to main content

Bila pelajar berniaga sambilan, utamakan pelajaran atau perniagaan?

Tidak salah belajar sambil berniaga, sebab hasilnya boleh jadi duit poket. Tapi bila sudah banyak duit...
oleh Muhammad Harith Shah Farez

PENGURUSAN masa dan disiplin yang tinggi adalah dititikberatkan bagi pelajar apabila menguruskan perkara selain belajar.

 

Kerja sambilan ketika belajar dapat mengembangkan potensi pelajar serta menambahkan sumber pendapatan.

 

Walaubagaimanapun, pelajar seringkali berasa penat kerana tempoh waktu kerja yang panjang.

 

Hal ini menyebabkan masa pelajar kurang produktif dan akan lebih cenderung untuk menangguh tugasan yang diberikan pensyarah.

 

Namun begitu, bekerja sambilan sambil belajar bukanlah satu halangan tetapi terdapat cara yang lebih baik untuk mencari duit poket iaitu melalui bisnes.

 

Menurut Perdana Menteri kita iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, beliau menggalakkan lebih ramai anak muda supaya terlibat dalam perniagaan digital dan ekonomi gig.

 

Kesan terhadap akademik

Hal ini kerana masa yang perlu diluangkan untuk bisnes hanya 2-3 jam di mana kemungkinan besar tidak akan memberi kesan kepada prestasi akademik mahasiswa. Namun, ada yang lebih memilih untuk bekerja secara sambilan.

 

Menurut Muhammad Aidil Sarji iaitu mahasiswa dari Universiti Sains Islam Malaysia, “Saya bekerja secara sambilan kerana hanya bekerja dengan orang serta tidak mahu runsing memikirkan perihal bisnes”.

 

Difahamkan, beliau akan bekerja selepas habis waktu kelas sehingga tengah malam dan tugasnya tidak melibatkan otak seperti perlu memikirkan hasil jualan dan sebagainya.

 

Walaubagaimanapun, perkara ini tidak bagus untuk kesihatan fizikal dan mental kita juga.

 

Bayangkanlah, waktu kelas yang panjang sehingga waktu tengahari pun sudah sedikit melelahkan badan kita, apatah lagi hendak bekerja selama 8 jam.

 

Perkara ini tidak harus dipandang enteng kerana akan beri kesan buruk untuk jangka masa yang panjang kepada kita kelak kerana badan cergas, otak cerdas.

 

 

parafrasa

 

 

Oleh itu, bisnes lebih sesuai dan digalakkan ke atas para mahasiswa kerana dalam jangka masa beberapa jam sahaja pelajar dapat membuat keuntungan yang tinggi dengan strategi bisnes yang betul.

 

Bisnes adalah lebih digalakkan kerana terdapat banyak cabang bisnes yang boleh kita pilih sesuai dengan keupayaan kita.

 

Ekonomi Gig

Pelajar sepenuh masa boleh membabitkan diri dalam ekonomi gig iaitu pekerjaan yang dilakukan secara bebas atau “freelance” menggunakan aplikasi teknologi seperti “Grab” yang menawarkan beberapa pekerjaan sebagai pemandu atau penghantar makanan.

 

Maka, pelajar dapat meningkatkan kemahiran dan pengalaman dalam bekerja. Selain itu, pelajar dapat menjana pendapatan dengan menjadi ‘penulis kandungan’ untuk sesuatu syarikat bagi mempromosikan produk mereka.

 

Hal ini dapat meningkatkan kemahiran dan kreativiti dalam penulisan pelajar demi pelajaran juga.

 

Pada hujung minggu, pelajar boleh meluangkan masa beberapa jam dengan duduk santai sambil menulis artikel dalam dua hari tersebut.

 

Anggaran bagi bayaran artikel yang diterbitkan adalah dalam lingkungan RM50-100.

 

Dengan itu, pelajar dapat menambah pendapatan sampingan bagi menanggung kos perbelanjaan yang lain.

 

Namun, pelajar mestilah seimbang dalam meluangkan masa antara menulis artikel dan membuat tugasan yang diberikan oleh pensyarah.

 

 

parafrasa

 

 

Dahulukan tugasan pelajaran atau buat duit?

Apabila menghadap komputer riba, sudah tentu pelajar lebih ghairah untuk menyiapkan artikel berbanding tugasan universiti yang berpanjangan kerana bayaran yang ditawarkan.

 

Perkara ini boleh menjatuhkan motivasi mahasiswa terhadap pelajaran maka tugasan-tugasan akan sering dilengahkan.

 

Di samping itu, pelajar boleh menjadi ejen dropship bagi produk-produk yang sedang tular supaya lebih mudah mendapat perhatian netizen apabila diiklankan di media sosial.

 

Kebarangkalian untuk mendapat pembeli juga tinggi kerana mereka ingin mencuba produk tersebut kerana sering disebut-sebut.

 

Tambahan lagi, perniagaan dalam talian seperti dropship ini berunsurkan ‘MLM’ atau dikenali sebagai multi-level marketing di mana kita harus mengembangkan rangkaian kita untuk mendapat keuntungan yang berlipat ganda. Cuma berhati-hati dengan scammers.

 

MLM

 

Jelaslah, bisnes memberi kita kebaikan yang pelbagai berbanding kerja sambilan biasa dengan usaha yang setimpal.

 

Contohnya, makin besar rangkaian dalam bisnes atau berpuluh artikel yang diterbitkan maka untungnya akan berlipat ganda dalam sebulan.

 

Ini bermaksud, lebih banyak kita usaha, lebih lumayan pulangannya dan hal ini berbeza dengan kerja sambilan yang kebiasaannya membayar gaji mengikut jam dan tidak mempunyai komisen.

 

Akhir sekali, setiap pelajar ingin mencari rezeki yang lebih ketika mana ekonomi negara kita yang juga merosot mendorong mahasiswa bekerja maka mereka haruslah tabah dalam menghadapi cabarannya serta tidak mengabaikan pelajaran yang penting untuk masa hadapan masing-masing. - DagangNews.com

 

Muhammad Harith Shah Farez adalah pelajar Program Komunikasi Media Baharu, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia.