Pestec terima petisyen penggulungan anak syarikat libatkan tuntutan RM9.69 juta | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Pestec terima petisyen penggulungan anak syarikat libatkan tuntutan RM9.69 juta

Oleh HAZIQ HAKIMI

KUALA LUMPUR 15 Jan – Pestec International Bhd mengesahkan anak syarikat milik penuhnya, Pestech Sdn Bhd (PSB), menerima satu petisyen penggulungan berhubung dakwaan tuntutan berjumlah AS$2.39 juta (RM9.69 juta).

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, kumpulan itu berkata, petisyen difailkan oleh pihak ketiga, Pestech Engineering Technology (China) Co Ltd (PETC) terhadap PSB yang terlibat dalam perniagaan sistem elektrik voltan tinggi.

 

Pestec menegaskan PETC tidak mempunyai sebarang hubungan dengan kumpulan syarikat tersebut walaupun mempunyai nama yang hampir sama.

 

Menurut syarikat itu, PSB telah mendapatkan nasihat perundangan dan sedang mengambil langkah-langkah yang perlu bagi menangani perkara berkenaan.

 

“Pada masa ini, Lembaga Pengarah tidak menjangkakan sebarang kesan material terhadap operasi atau kedudukan kewangan kumpulan hasil daripada petisyen tersebut,” katanya.

 

Pestec turut memaklumkan pengurusan kes pertama bagi petisyen berkenaan telah ditetapkan pada 6 April. - DagangNews.com