iCents Group menang kontrak projek fasiliti pembuatan industri bernilai RM9.12 juta | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

iCents Group menang kontrak projek fasiliti pembuatan industri bernilai RM9.12 juta

Oleh Amree Ahmad

KUALA LUMPUR 14 JaniCents Group Holdings Berhad menerima kontrak bagi kerja-kerja melibatkan sebuah projek fasiliti pembuatan industri di Malaysia dengan nilai kira-kira RM9.12 juta.


Kumpulan perkhidmatan kejuruteraan tersebut berkata, surat penganugerahan tender berkenaan diperoleh oleh anak syarikat milik penuhnya, VC Engineering Sdn Bhd pada 12 Januari 2026.


"Kerja-kerja untuk kontrak baharu tersebut akan bermula serta-merta dengan tempoh pelaksanaan dijangka selesai pada 31 Disember 2026," kata iCents dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia.


Skop tender merangkumi pelanjutan ruang dan pembinaan pagar, kerja elektrik tambahan, seni bina, sivil, mekanikal dan elektrikal, pemasangan peralatan, serta pencawang Tenaga Nasional Berhad.


Kesemua kerja berkenaan jelas Cents, ababila siap akhir tahun ini akan menyokong enam barisan pengeluaran, kerja elektrik mesin, selain ujian, pentauliahan dan penyelarasan projek.


Lembaga pengarah kumpulan itu menyatakan projek kontrak tersebut adalah dalam urusan biasa perniagaan VC Engineering, dengan risiko operasi yang dianggap normal seperti projek seumpamanya.


“Kontrak ini dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan masa hadapan kumpulan sepanjang tempoh pelaksanaan kerja dengan risiko hanya melibatkan keadaan luar jangka,” kata iCents.


Selain itu tambahnya, syarikat berkenaan turut menjelaskan yang kontrak terkini itu tidak akan memberi sebarang kesan ketara terhadap modal saham serta pegangan pemegang saham utama.


Di samping itu, ia mengesahkan tiada kepentingan langsung atau tidak langsung melibatkan mana-mana pengarah, pemegang saham utama atau pihak berkaitan. - DagangNews.com