KUALA LUMPUR 20 Jan – Ecofirst Consolidated Bhd melantik Yip Kit Weng dan Lee King Loon sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bebas berkuat kuasa 19 Januari 2026.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, kumpulan itu berkata Yip, 55 tahun, membawa hampir tiga dekad pengalaman dalam pengumpulan dana ekuiti, kewangan korporat dan nasihat, perbankan korporat, penerbitan sekuriti hutang swasta dan transaksi ekuiti swasta.
Beliau adalah seorang akauntan bertauliah dan mempunyai kelayakan profesional dengan Institut Akauntan Malaysia, CPA Australia, Persatuan Perancangan Kewangan Malaysia dan Institut Cukai Bertauliah Malaysia.
Yip memiliki Ijazah Sarjana Muda Perdagangan dalam Pembiayaan dan Perakaunan dari University of Western Australia.
Beliau kini berkhidmat sebagai Presiden Bahagian Malaysia Australia serta Ahli Majlis Institut Akauntan Malaysia setelah dilantik oleh Menteri Kewangan pada Februari 2025.
Sementara itu, Lee, 55 tahun pula adalah seorang akauntan bertauliah Akauntan bertauliah (Chartered Accountant / CA) dan akauntan beramalan bertauliah (Certified Practising Accountant / CPA) dan memiliki Ijazah Sarjana Muda Perdagangan dari University of Western Australia.
Beliau juga memegang Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal untuk kewangan korporat yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Lee sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bebas CN Asia Corporation Bhd dari Jun 2016 hingga Januari 2021 dan Central Global Bhd dari Februari 2021 hingga Disember 2022. - DagangNews.com








