PRU15: Kerajaan Persekutuan tidak mampu berdiri sendiri tanpa GPS - PM | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

PRU15: Kerajaan Persekutuan tidak mampu berdiri sendiri tanpa GPS - PM

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersalaman dengan orang ramai pada majlis perasmian pembukaan Lebuhraya Pan Borneo Seksyen Selangau WPC08 di Selangau, Sarawak pada 14 November 2022.

SELANGAU 14 Nov - Kerajaan Persekutuan tidak mampu untuk berdiri sendiri tanpa adanya sokongan daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS).

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan kehadiran GPS akan membentuk sebuah kerajaan yang lebih stabil dan bertanggungjawab, lapor Astro Awani

 

Tegasnya, rakyat Sarawak perlu bijak membuat pilihan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) untuk memastikan kerajaan sedia ada terus memimpin Malaysia dan meneruskan projek pembangunan yang lebih inklusif di negeri itu.

 

“Saya bersetuju dengan Premier Sarawak (Tan Sri Abang Johari Tun Openg) bahawa kerajaan yang dipilih mestilah kerajaan bertanggungjawab dan bukan kerajaan yang membatalkan projek rakyat, mereka batal kita tambah peruntukan untuk rakyat saya setuju.

 

“Jangan tersalah membuat pilihan, yang merana adalah kita, kita sudah tidak masa yang lama untuk berfikir, saya harap buatlah keputusan yang tetap untuk kita memastikan kerajaan yang dibentuk mampu menjaga kepentingan rakyat Sarawak.

 

“Insya-Allah jika saya dipilih semula sebagai perdana menteri, saya beri jaminan Sarawak akan jadi keutamaan saya,” katanya.

 

 

pm

 

 

pm

 

 

Beliau berucap pada majlis perasmian pembukaan Lebuhraya Pan Borneo Sarawak Seksyen Selangau WPC08 di Selangau hari ini.

 

 

pm

 

 

Seksyen Selangau ini mula dibina pada 1 November 2016 dan akan menjadi pemangkin kepada pembangunan kawasan sekitarnya iaitu Sibu, Selangau, Mukah dan Balingian dengan akses jalan raya yang lebih baik.

 

Projek Lebuhraya Pan Borneo fasa pertama bermula pada Oktober 2015, meliputi 11 pakej kerja dengan jajaran sepanjang 786 km dari Telok Melano ke Miri. - DagangNews.com