KJ anggap diri calon 'underdog', tekad laksana misi sukar tawan Sungai Buloh | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

KJ anggap diri calon 'underdog', tekad laksana misi sukar tawan Sungai Buloh

Khairy Jamaluddin bergambar bersama penyokong BN pada Majlis Bersama KJ di Parlimen Sungai Buloh pada 2 November 2022. - Gambar Facebook Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR 3 Nov - Meskipun menyifatkan diri sebagai calon bukan pilihan atau ‘underdog’, Khairy Jamaluddin tekad untuk melakukan misi sukar menawan Parlimen Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

 

“Saya datang sebagai underdog, tetapi saya yakin, jika kita bersatu, bekerja kuat, yakinkan pengundi, kita dapat tawan Sungai Buloh pada 19 Nov ini,” katanya.

 

Beliau berkata demikian dalam Majlis Bersama KJ di Parlimen Sungai Buloh di sini malam tadi, lapor Bernama.

 

Katanya tugas menawan kerusi Parlimen itu bukan mudah kerana majoriti undi dimenangi pihak lawan sebelum ini melebihi 20,000 undi.

 

 

kj

 

 

Khairy yang juga Menteri Kesihatan berkata, beliau akan melancarkan manifesto ‘Kata Janji (KJ)’ yang meliputi pendidikan, menangani banjir, infrastruktur dan kesejahteraan ekonomi Parlimen Sungai Buloh pada minggu depan. - DagangNews.com