BERA 5 Nov - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Bera, disambut oleh 1,000 penyokong pada sesi penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) hari ini.
Ismail Sabri tiba jam 8.31 pagi di Dataran Kerayong ditemani isteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin bersarapan bersama penyokong pagi ini, lapor Berita Harian.
Pagi ini Ismail Sabri akan menghantar borang pencalonan di Pusat Penamaan Calon di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera.


Terdahulu, beliau menerusi ciapan di Twitternya berkata, beliau telah bersedia untuk sesi penamaan calon hari ini.
"Rabbi Yassir Wala Tu’assir Rabbi Tammim Bil Khair.


"Saya sudah bersedia untuk penamaan calon P.090, Bera. Semoga semuanya berjalan lancar dengan kehendakNya," katanya. - DagangNews.com


