FMM minta kerajaan lanjut moratorium | DagangNews Skip to main content

FMM minta kerajaan lanjut moratorium

FMM

KUALA LUMPUR 21 Julai - Susulan penularan wabak COVID-19 yang memberi kesan kepada perkembangan ekonomi, Persekutuan Pengilang Malaysia (FMM) turut menyuarakan hasrat pihaknya agar kerajaan melanjutkan lagi tempoh moratorium hingga Mac 2021.

FMM dalam satu kenyataan berkata, moratorium yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Mac lalu dan bakal berakhir pada 30 September nanti perlu dilanjutkan kepada enam bulan lagi.

"Penambahan tempoh moratorium itu dapat memberi kelegaan dalam aspek kewangan kepada mereka yang kurang berkemampuan terutamanya syarikat yang masih berjuang mempertahankan perniagaan dan pekerja yang telah diberhentikan serta tiada sumber pendapatan.

"Untuk memastikan ekonomi dapat pulih dengan cepat, penambahan tempoh moratorium akan membolehkan PKS memanfaatkan pelbagai inisiatif di bawah Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek (PENJANA) yang membantu memulihkan perniagaan dan secara tidak langsung mengurangkan kos kelangsungan perniagaan," jelas FMM.

FMM

Ancaman penularan COVID-19 dan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan prestasi perniagaan
FMM mengalami kerugian besar sekali gus memberi kesan kepada kelangsungan perniagaan, pekerjaan dan produktiviti.

Tempoh PKP juga memaksa pengoperasian secara berperingkat yang membabitkan sektor-sektor penting hingga memberi kesan kepada rantaian bekalan dan kemampuan perniagaan khususnya dalam aspek eksport.

FMM

Jelas FMM lagi, industri pembuatan yang menyumbang kepada sektor pembinaan dan perhotelan juga turut terkesan kerana kedua-dua sektor berkenaan baru sahaja memulakan operasi disamping prosedur yang harus dipatuhi.

"Semua ini turut terkesan dan memerlukan waktu yang lebih lama untuk mengatasi masalah dan kesan COVID-19 dalam perniagaan mereka.

"Malah ada juga syarikat perniagaan domestik dan eksport yang terpaksa menghentikan sepenuhnya operasi dan menyebabkan kekurangan aktiviti perniagaan," jelas FMM lagi.

Tambah FMM, situasi tersebut adalah disebabkan berlakunya masalah yang turuk dalam aliran tunai dan modal syarikat dan pekerjaan. - DagangNews.com