CGS-CIMB kekal berhati-hati dengan impak gangguan rantaian bekalan terhadap VS Industry | DagangNews Skip to main content

CGS-CIMB kekal berhati-hati dengan impak gangguan rantaian bekalan terhadap VS Industry

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 28 Mac -  CGS-CIMB Research kekal berhati-hati terhadap impak gangguan rantaian bekalan terhadap operasi VS Industry Berhad (VSI) kerana masih belum melihat tanda pemulihan yang jelas terhadap perkara itu.

 

Firma penyelidikan itu juga merendahkan jangkaan perolehan sesaham (EPS) margin lemah yang berterusan untuk 2HFY22F berpunca daripada kekurangan tenaga kerja selaun peningkatan kos bahan mentah.

 

"Walaupun akan berlaku pertambahan tenaga kerja menjelang FY23F,  kami menjangkakan kekurangan komponen akan terus menjadi masalah kepada industri pada 1HFY23F dan atas dasar itu kami mengurnagkan jangkaan untuk EPS bagi tahun hadapan," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

VSI terus merekodkan peningkatan 4.8% bagi suku ke suku pada 2QFY22 yang dipercayai adalah gambaran daripada peningkatan tempahan daripada pelanggan terbaharu mereka yang berpangkalan di Amerika Syarikat serta aliran dagangan daripada rakan perniagaannya.

 

Bagaimanapun, firma itu berkata, perkembangan itu bagaimanapun terganggu akibat pendapatan yang lemah daripada tempahan pemasangan papan litar bercetak (PCBA).

 

"Walaupun VSI mencatatkan peningkatan keuntungan teras bersih sebanyak 13% dari suku ke suku pada 2QFY22, namun margin pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) bagi  2Q/1HFY22 kekal pada paras 8.5% berbanding 1H/2QFY21 sebanyak 11.5%. 

 

"Kami melihat, ketidakcekapan operasi ini adalah disebabkan kekurangan tenaga pekerja dan peningkatan kos akibat kekurangan komponen terutamanya semikonduktor yang menyebabkan kerugian kepada PCBA," katanya.

 

Firma penyelidikan itu mengekalkan saranan 'beli' ke atas saham VSI pada harga sasaran (TP) lebih rendah iaitu RM1.33.

 

"Ketika kami melihat EPS teras bagi FY22F akan menurun sebanyak 33%, kami menjangkakan EPS teras bagi FY23/24F akan berkembang sebanyak 58%/41% dari tahun ke tahun berdasarkan kepada pertambahan tempahan," katanya. - DagangNews.com