Aplikasi baharu Volkswagen Cares tawar akses lebih baik | DagangNews Skip to main content

Aplikasi baharu Volkswagen Cares tawar akses lebih baik

Volkswagen Cares

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 2 Ogos - Volkswagen Passengers Cars Malaysia (VPCM) melancarkan aplikasi baharu Volkswagen Cares bagi meningkatkan lagi pengalaman pemilikan pelanggan. 

 

Dilancarkan sebagai sebahagian daripada inisiatif Volkswagen Cares, VPCM berkata, aplikasi tersebut akan menggantikan versi lama secara serta-merta. 

 

Pembangunan aplikasi baharu itu turut mengambil kira maklum balas pelanggan sebelum memperkenalkan fungsi-fungsi baharu dan meningkatkan ciri-ciri untuk menambah baik pengalaman pengguna. 

 

Aplikasi Volkswagen Cares kini merupakan pusat sehenti yang menempatkan pelbagai sokongan jualan dan selepas jualan. 

 

Pengarah Urusannya, Erik Winter berkata, VPCM akan meneruskan komitmen dalam menawarkan yang terbaik kepada pelanggan di negara ini.

 

“Kami mengutamakan pelanggan dalam apa jua yang kami lakukan dan pelancaran aplikasi Volkswagen Cares baharu ini membuktikannya.

 

“Prestasi aplikasi kami merupakan sebuah kisah kerjayaan dalam kalangan pasaran yang diuruskan oleh kumpulan PHS. Kami mempunyai sekitar 30,000 pemilik sehingga kini, dan lebih 50% daripada jumlah tersebut merupakan ahli VCP yang mana kenderaan mereka berusia 5 tahun dan ke atas. 

 

"Kami berbesar hati dengan kesetiaan pelanggan kami kerana ia melambangkan penambahbaikan servis Volkswagen Malaysia dan bagaimana kami bersungguh-sungguh untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Dengan mendengar keperluan mereka, kami mengambil inisiatif untuk mengubah dan membangunkan aplikasi ini untuk pengalaman lebih baik,” katanya dalam satu kenyataan.

 

Aplikasi terbaharu itu menawarkan beberapa kelebihan seperti pengurusan maklumat kenderaan yang mudah, menjadual temu janji servis secara dalam talian, menerima tawaran and promosi eksklusif, selain berhubung dengan Volkswagen Malaysia serta rangkaian pengedarnya. 

 

Aplikasi baharu itu juga akan memberikan peringatan VIP (Volkswagen Insurance Plan) secara masanya, dan membenarkan pelanggan untuk menguruskan baucar servis. 

 

Proses menaik taraf untuk memperkenalkan fungsi baharu seperti sistem ganjaran dan gerbang pembayaran sudah pun dirancang dan sedang diusahakan. 

 

Tambah Erik, VPCM telah mendigitalkan sepenuhnya perjalanan pemilikan kenderaan untuk menawarkan kemudahan dan akses di hujung jari.

 

“Keperluan pelanggan sentiasa berubah dengan perkembangan pesat digitalisasi. VPCM sentiasa menerima dan mengadaptasi realiti semasa, oleh itu kami akan terus mendorong batasan untuk menjadikan pengalaman pemilikan lebih mudah dan sebaik mungkin.

 

"Sebagai peneraju digital dalam industri, VPCM telah merintis banyak kempen digital pintar dengan teknologi terkini. Ia menjadi jenama automotif pertama yang menjual kenderaan di platform eDagang seperti Lazada dan Shopee serta di media sosial Instagram," katanya lagi.

 

Dari segi selepas jualan, kempen #SafeHands memastikan kesejahteraan pelanggan dan kakitangan. 

 

Terdapat pilihan mengambil dan menghantar untuk temu janji servis, pemeriksaan 5 Star Service secara percuma, Service Cam, serta pelan pembayaran kos efektif dan tanpa tunai.  

 

Aplikasi Volkswagen Cares baharu boleh dimuat turun daripada Apple App Store bagi pengguna iOS dan di Google Play Store bagi pengguna Android. - DagangNews.com