Buat dokumen sahaja semua selesai? | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
Anekdot Mawarith - 21 September 2020
Wasiyyah

BUAT DOKUMEN SAHAJA SEMUA SELESAI ?


Hari ini masyarakat sedang didoktrinkan dengan pemikiran bahawa buat sahaja dokumen perancangan harta seperti wasiat dan hibah sekarang semasa hidup, maka semua masalah pusaka sudah selesai. Dilukiskan bahawa menyediakan dokumen itu sahaja sudah melengkapkan aspek perancangan harta. Merata-rata dalam pasaran hari ini, orang menjual dokumen berformat dengan harga semurah ayam gunting. Mereka hanya menekankan bahawa buat dokumen selesai semua masalah.

Sebagai antara orang paling lama dalam industri, saya terpanggil untuk memperbetulkan tanggapan yang salah ini. Sebenarnya masyarakat telah dikelirukan dengan doktrin ini. Membuat dokumen perancangan itu hanyalah 30% dari keseluruhan proses perancangan harta.

Memang benar membuat dokumen itu membantu namun ia tidak 100% menyelesaikan semua urusan penghartaan. Kira-kira 70% dari proses itu ialah pelaksanaan dokumen berkenaan melalui  proses perundangan sebelum ia boleh berkuatkuasa. Ada dokumen tidak boleh dilaksanakan melalui proses undang-undang tidak bermakna.


Proses perundangan ini pula mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa tertakluk dengan perubahan kaedah penilaian sesuatu kes di mahkamah oleh hakim dan juga pengenalan undang-undang baru pada masa depan. Undang-undang hari ini ketika dokumen itu dibuat mungkin sudah berbeza dengan undang-undang ketika dokumen itu mahu dilaksanakan pada masa hadapan.

Secara pastinya saya tahu bahawa terdapat beberapa undang-undang baru yang sedang di dalam proses penggubalan dan akan diperkenalkan dalam jangka masa terdekat. Pengenalan undang-undang baru ini bakal menyebabkan banyak dokumen berformat yang dijual secara dalam talian sekarang akan berdepan risiko tidak sah pada masa hadapan. Ya dokumen itu memang murah tetapi kalau tidak berfungsi ia tidak membantu waris anda.

Kita kena ingat, anda buat dokumen hari ini tetapi anda mungkin tidak mati hari ini. Anda mungkin mati 30 tahun yang akan datang. Aspek pelaksanaan itu mungkin akan berlaku selepas anda mati. Siapakah yang akan membantu waris anda untuk membawa dokumen-dokumen itu melalui proses undang-undang? Syarikat Sendirian Berhad yang tolong anda buat dokumen itu sudah tutup kedai atau individu itu sudah mati pula. Siapa yang nak tolong waris anda?

Ada juga hujah yang menyatakan kalau dokumen `dah buat dah tak susah'. Kalau syarikat Sdn Bhd itu sudah tutup kedai atau individu itu sudah mati, bawa sahaja dokumen itu kepada mana-mana peguam untuk dilaksanakan. Memanglah boleh dibawa kepada mana-mana peguam tetapi kalau format itu sudah tidak selari dengan undang-undang ketika itu atau peguam berkenaan tidak faham kenapa format itu dibuat sedemikian rupa, proses mengesahkan dokumen itu tetap akan bermasalah.
 

aaa


Apa gunanya buat dokumen murah kalau dokumen itu tidak boleh dikuatkuasakan? Adakah anda sanggup mempertaruhkan harta anda yang bernilai ratusan ribu atau mungkin jutaan ringgit semata-mata kerana nak menjimatkan beberapa ratus ringgit? Ini persoalan yang anda kena tanya diri sendiri.

Saya todak salahkan masyarakat kerana ramai yang tidak tahu hakikat bahawa 70% dari proses perancangan harta itu ialah pelaksanaan undang-undang. Mereka tidak dijelaskan fakta ini. Mereka telah didoktrinkan bahawa buat dokumen semua settle. Mereka tidak dijelaskan bahawa proses pelaksanaan selepas kematian itulah yang paling mencabar.

Kasihan melihat masyarakat dikelirukan. Maka kita perlulah bersama-sama memainkan peranan untuk mendidik masyarakat. Wasiyyah Shoppe Berhad sejak ditubuhkan pada 2004 telah mengambil posisi sebagai ‘educator’ masyarakat dalam urusan penghartaan ini. Kami mengambil pendirian bahawa apa yang kami lakukan bukanlah aktiviti ‘sales’ dan ‘closing’ semata-mata.

Sebaliknya, ini adalah ibadah fardu kifayah yang kami semat pejap di hati kerana kami tahu bahawa kami akan dipertanggungjawabkan di dunia dan akhirat di atas setiap tindakan kami. Kami bertanggungjawab memberi maklumat yang jelas kepada masyarakat. Sama ada masyarakat memilih untuk merancang harta melalui Wasiyyah Shoppe Berhad atau tidak, itu isu kedua.

Atas s
ebab itulah sangat penting masyarakat menyediakan dokumen mereka melalui syarikat amanah berdaftar yang diuruskan profesional seperti Wasiyyah Shoppe Berhad yang mempunyai elemen ‘perpetuity’ (kesinambungan) dalam operasinya. Ariffin Sabirin mungkin sudah lama mati tetapi Wasiyyah Shoppe Berhad tetap perlu terus beroperasi kerana kami mempunyai puluhan ribu pelanggan yang telah memberi amanah kepada kami. Wasiyyah Shoppe Berhad tidak boleh sesuka hati menutup operasi tanpa kebenaran pihak berkuasa dan ini berbeza dengan syarikat Sdn Bhd yang boleh menutup operasi berdasarkan kehendak pemiliknya.

Oleh kerana kami mempunyai elemen ‘perpetuity’ itulah maka apabila ada perubahan undang-undang berlaku, kami dengan mudah akan kembali semula kepada pelanggan untuk mengemaskini dokumen mereka mengikut undang-undang terkini. 

Masyarakat kena faham bahawa membuat dokumen sahaja tanpa menitikberatkan 70% aspek pelaksanaan undang-undang ibarat memakai baju tapi tidak berseluar. Atas nampak cantik tetapi bawah? Renungkan sendiri dan buatlah keputusan terbaik untuk diri sendiri. Pilihan di tangan anda.  
 

Wasiyyah
Ariffin Sabirin adalah pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Wasiyyah Shoppe Berhad. Untuk maklumat lanjut mengenai pengurusan harta secara Syariah sila klik di sini: Wasiyyah Shoppe

 

KOLEKSI ANEKDOT MAWARITH

Tiga langkah mudah elak pusaka bermasalah

Balu selalu tertindas bab pusaka?

APA SEBENARNYA PUNCA MASALAH HARTA PUSAKA TERBEKU DI MALAYSIA?
Kita tinggalkan PUSAKA atau PUAKA?

"WARIS AKU CONFIRMED TAK GADUH PUNYA!"

RAMAI ORANG ISLAM TIDAK TAHU DIA SEDANG MENGALAMI KERUGIAN

APA YANG KECOH SANGAT PASAL PUSAKA NI?

 

 

 

 

Portfolio Tags