Ambil peluang semasa krisis untuk transformasi perniagaan mikro menjadi PKS | DagangNews Skip to main content

Ambil peluang semasa krisis untuk transformasi perniagaan mikro menjadi PKS

Proses menjadi usahawan adalah seperti maraton, dan bukannya lumba pecut.
Oleh Afizan Amer

KRISIS ekonomi akibat pandemik COVID-19 yang berlaku pada masa ini harus menjadi momentum untuk melakukan perubahan dari business as usual (BAU) kepada menjadi lebih kukuh dan mampan untuk buat perusahaan bersaiz nano dan mikro. Jadi, jangan sia-siakan krisis ini.

 

Dalam keadaan normal, proses transformasi kadang-kadang memerlukan waktu yang lebih lama. Hal ini kita dapat lihat dalam transformasi digital  berlaku dalam digitalisasi di Malaysia sebelum pandemik COVID-19.

 

Sebelum pandemik, digitalisasi sudah berlaku, tetapi pandemik mempercepat proses itu. Semua orang, baik orang tua mahupun anak muda dipaksa mengadaptasi, bermula dalam hal berbelanja, seminar, bersekolah, sampai bekerja dan di institusi pengajian tinggi. Perkara ini dalam situasi normal tidak akan berlaku perubahan sepantas ini.
 

 

parafrasa

 


Perubahan sebegini juga mungkin boleh berlaku dalam peralihan kepada tenaga hijau.

 

Pandemik COVID-19 saat ini merupakan masa yang tepat  “melihat dimensi baru” untuk memasuki ekonomi hijau yang lebih berdaya saing.

 

Hal ini memang tidak mudah kerana memerlukan waktu dan proses serta harus ada komitmen perubahan dari semua pihak berkepentingan, seperti kerajaan, masyarakat dan industri.

 

Mungkin ini merupakan titik mula masa yang baik untuk menjadi usahawan atau bekerja sendiri.

 

Teknologi awan menyediakan akses kepada pelbagai alatan dan sumber, membolehkan penggunanya melontarkan idea bernas untuk memasarkan dalam masa yang singkat dan menjangkau bakal pelanggan.

 

Walau apa pun industrinya, semua orang berpeluang menggunakan tenaga, semangat dan keyakinan mereka untuk mencipta sebuah syarikat yang berdaya saing dan boleh menjadi sangat berjaya.

 

Proses menjadi usahawan adalah seperti maraton, dan bukannya lumba pecut. Seperti berlari maraton, usahawan akan mengalami peringkat yang berbeza di sepanjang laluan, dan setiap peringkat mewakili cabaran yang berbeza.

 

Mungkin yang paling terkini dan sukar untuk dikesan ialah peralihan daripada  syarikat permulaan berskala nano dan micro  kepada PKS.

 

Ini adalah peringkat di mana ciri kepimpinan, yang pada asalnya merupakan aset yang penting dan mungkin menjadi liabiliti. Melakukan peralihan mungkin memerlukan peralihan dalam gaya kepimpinan, sudah tentu tanpa mengorbankan idealisme dan penjenamaan , atau pun mengambil peranan yang berbeza.

 

Perniagaan baharu bertahan dengan keyakinan dan penglibatan pengasas mereka.

 

Apabila usahawan berada di peringkat ini, mereka mungkin mempunyai prototaip , atau satu atau dua pelanggan, dan masih mencari pasaran yang sesuai untuk berkembang, mereka termasuk dalam kategori  permulaan.

 

Pada peringkat ini, semangat kepimpinan dan kuasa idea yang menarik orang ramai dan memajukan mereka.

 

Pengasas juga memainkan pelbagai peranan, dan cenderung untuk terlibat secara langsung dalam setiap aspek operasi harian.
 

 

parafrasa

 


Namun, akan tiba masanya perniagaan ini berkembang cukup besar sehingga tidak lagi boleh beroperasi pada skala nano dan mikro.

 

Apabila pelanggan masih sedikit dan syarikat mengetahui pangkalan data pelanggan yang berpotensi cukup besar untuk mencari mereka dalam teknologi awan, dan perniagaan masih berada pada saiz yang berubah, ini bermakna perniagaan telah beralih kepada PKS.

 

Walaupun keyakinan masih harus dikekalkan, sudah tiba masanya untuk membangunkan sesuatu untuk mengimbangi semangat dalam fasa  permulaan perkembangan.

 

Pemimpin juga perlu mengenali kelemahan syarikat sebelum ia menjadi terlalu besar untuk dikendalikan, dan bersedia untuk membuat beberapa keputusan yang sukar.

 

Perkara yang dilakukan semasa peralihan menjadi PKS akan menanggung akibat dua tahun kemudian, apabila PKS mereka berkembang menjadi perusahaan pula.

 

Dalam fasa ini teknologi boleh membantu perniagaan membuat peralihan itu, dan mengekalkan budaya yang optimis dan berkesan.


 

parafrasa

 


Oleh kerana pemimpin tidak boleh berkomunikasi dengan pekerja mereka secara terus sepanjang masa, mereka boleh menggunakan saluran dalam talian untuk mengekalkan talian komunikasi dalam syarikat, dari atas ke bawah seperti yang telah terlaksana semasa pandemik.

 

Mesyuarat melalui persidangan video yang membolehkan pekerja di tempat yang berbeza kekal hadir boleh mengekalkan kesepaduan dalam syarikat. Ini banyak di bantu menjadi kebiasaan semasa pandemik tempoh hari.

 

Lebih penting lagi, peralihan ini adalah masa di mana pemimpin perlu mengiktiraf kelemahan mereka sendiri. Kemahiran yang diperlukan sangat berbeza.

 

Pengurusan syarikat perlu menambah orang kepada pasukan sedia ada yang lebih bijak dalam melancarkan pengembangan, mereka yang mempunyai lebih banyak pengalaman melalui peralihan seperti ini.

 

Membuat keputusan yang betul, menggunakan teknologi yang betul, dan mengakui batasan kemampuan kepimpinan akan menghasilkan budaya dan syarikat yang boleh berjaya untuk jangka masa panjang. – DagangNews.com

 

 

Afizan Amer adalah Pensyarah Kanan Pemasaran Digital, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan Kampus Rembau, Universiti Teknologi Mara N.Sembilan.