Airasia raih anugerah Perak di Putra Brand Awards 2021 | DagangNews Skip to main content

Airasia raih anugerah Perak di Putra Brand Awards 2021

KUALA LUMPUR 22 Jan - AirAsia terus menjadi pilihan utama dalam kategori pelancongan dengan meraih anugerah Perak di Putra Brand Awards 2021 dalam kategori  Pengangkutan, Perjalanan dan Pelancongan.

 

Ketua Pegawai Jenama Kumpulan AirAsia Rudy Khaw berkata, anugerah ini ditujukan kepada semua orang yang terus mempercayai jenama kami, dan kepada semua Allstars yang terus membina jenama Airasia sebagai sebuah jenama terkemuka.

 

Beliau berkata, ketika syarikat penerbangan itu  memasuki fasa endemik sebagai kumpulan perkhidmatan digital, rangkaian luas produk dan perkhidmatan AirAsia akan terus memanfaatkan antara satu sama lain untuk meningkatkan dan mengesahkan kehadirannya dalam pasaran di pelbagai industri.

 

"Tiada jenama lain di Asean yang menawarkan perkhidmatan seumpama kami dan dengan akses kepada lebih 700 juta pengguna di Asia Tenggara, kami meramalkan potensi pertumbuhan yang besar untuk menerajui kepimpinan jenama dalam semua produk dan perkhidmatan kami,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

 

Anugerah Putra Brand Awards adalah inisiatif oleh Persatuan Ejen-ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4As) untuk mengiktiraf jenama tempatan dan antarabangsa pilihan rakyat Malaysia.

 

Ia adalah satu-satunya anugerah yang dipilih oleh para pengguna.

 

airasia

 

Anugerah tersebut menerima lebih 11,000 maklum balas daripada pengguna di seluruh Malaysia yang mengambil bahagian dalam tinjauan keutamaan pengguna untuk menentukan jenama kegemaran mereka dalam 24 kategori produk dan perkhidmatan berbeza. - DagangNews.com