Terkini | DagangNews Skip to main content

Malaysia sokong OPEC+ potong pengeluaran 2 juta tong minyak sehari

PUTRAJAYA 18 Okt - Malaysia, sebagai ahli OPEC+ mematuhi keputusan Mesyuarat Menteri OPEC dan Bukan OPEC untuk memotong pengeluaran sebanyak 2 juta tong sehari dengan berkuat kuasa dari November 2022.

 

RHB Investment turunkan harga sasaran SKP Resources kepada RM1.95 ekoran prospek lemah sektor teknologi 

KUALA LUMPUR 18 Okt - RHB Investment Bank menaikkan harga sasaran SKP Resources Bhd. kepada RM1.95 daripada RM2.22 sesaham dengan mengekalkan saranan 'beli' terhadap syarikat pengeluar acuan perindustrian itu. 

 

Kerajaan jamin kontraktor tempatan berkelayakan dapat peluang projek pembangunan negara - PM

KUALA LUMPUR 18 Okt - Kerajaan memberi jaminan bahawa kontraktor tempatan yang berkelayakan akan mendapat peluang sebaiknya untuk membangunkan projek-projek pembangunan negara, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

 

SC tandatangan MMOU Penyeliaan APRC IOSCO pada Mesyuarat Pengawal Selia Global

KUALA LUMPUR 18 Okt - Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) menandatangani Memorandum Persefahaman Pelbagai Hala untuk Kerjasama Penyeliaan (MMoU Penyeliaan) Jawatankuasa Serantau Asia Pasifik (APRC) IOSCO pada mesyuarat tahunan Pertubuhan Suruhanjaya Sekuriti Antarabangsa (IOSCO) 2

Kaji selidik UCSI: 55% responden dakwa kuasa membeli terjejas kesan kenaikan OPR

KUALA LUMPUR 18 Okt - Pusat Penyelidikan Undian UCSI mengeluarkan dapatan bahawa lebih 55% daripada 1,021 orang responden dewasa mendakwa kuasa membeli mereka terjejas kesan daripada kenaikan kadar dasar semalaman (OPR).

 

"Ini bukan silibus Radzin Jidin, sebaliknya telah dibangunkan KPM sejak 2017"

SHAH ALAM 18 Okt - "Ini bukan silibus Radzi Jidin," kata Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin mengulas tindakan beberapa pihak yang mengambil kesempatan dan cuba mempolitikkan isu silibus pembelajaran.

 

Golden Land beli tanah di Bentong RM9.91 juta untuk projek rumah teres

KUALA LUMPUR 18 Okt - Syarikat penanam kelapa sawit dan pembangunan hartanah Golden Land Bhd akan memperoleh dua bidang tanah yang terletak di Bentong, Pahang pada harga RM9.91 juta, dengan tujuan membangunkan rumah teres di tapak tersebut.

 

Tarif baharu di bawah RP2 dijangka imbangi kos operasi Petronas Gas - AmInvestment

KUALA LUMPUR 18 Okt - AmInvestment Bank Research mengekalkan unjuran pendapatan bagi FY23-24 bagi Petronas Gas Berhad dengan jangkaan tarif baharu menerusi Tempoh Kawal Selia 2 (RP2) akan mengimbangi sepenuhnya kos operasi yang lebih tinggi dalam dua segmen terkawal.

LTAT perkenal struktur baharu berdasarkan gaji sara hidup

KUALA LUMPUR 18 Okt - Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengumumkan struktur gaji baharu berdasarkan gaji sara hidup kepada kakitangannya. 

 

CGS-CIMB : Pelabur kekal berhati-hati menjelang PRU15, dijangka November ini

KUALA LUMPUR 18 Okt - CGS-CIMB Research menjangkakan pelabur akan kekal berhati-hati terutamanya menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15) dijangka November ini.

 

Subscribe to Terkini