KOTA BHARU 17 Mac - Yayasan Kebajikan Negara (YKN) menerima tajaan bernilai RM6.5 juta dari Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi penubuhan tiga buah Anjung Kasih YKN, setakat ini.
KUALA LUMPUR 17 Mac - Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) melantik Mohamad Haris Kader Sultan sebagai Ketua Eksekutif (CEO) baharu berkuat kuasa 1 Mac 2022, susulan persaraan Datuk Seri Jebasingam Issace John yang menerajui agensi itu sejak 2019.
PETALING JAYA 17 Mac - Nilai jualan syarikat francais telah meningkat sebanyak 9.7% kepada RM14.6 bilion pada 2020 daripada RM13.3 bilion yang dicatatkan pada 2019, menurut Laporan Tahunan Perniagaan Francais.
KUALA LUMPUR 17 Mac - Yayasan Komuniti Wanita Dalam Sukan (FOWCUS) akan menghantar memorandum kepada Menteri Belia dan Sukan menggesa Kementerian dan Majlis Sukan Negara memberi pengiktirafan yang sewajarnya kepada pencapaian Shereen Vallabouy dan mereka yang seumpamanya.