3 syarikat pengedar raih markah tertinggi anugerah berprestij Ford 2019 | DagangNews Skip to main content

3 syarikat pengedar raih markah tertinggi anugerah berprestij Ford 2019

Chairman’s Award dan Anugerah Presiden bagi tahun 2019.

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 4 Nov. - Sebanyak tiga buah syarikat pengedar kenderaan Ford berjaya meraih markah tertinggi dalam dua anugerah berprestij Ford iaitu Chairman’s Award dan Anugerah Presiden bagi tahun 2019.

Presiden Direct Markets Ford, Randy Krieger berkata, tiga syarikat pengedar tersebut ialah Al Tayer Motors dari UAE, Oceanic Motors dari Seychelles dan Sime Darby Auto ConneXion dari Malaysia.

"Kesuluruhannya Direct markets Ford mengumumkan 14 pemenang dari Angola, Mesir, Kuwait, Malaysia, Mongolia, Maghribi, New Caledonia, Oman, Papua New Guinea, Qatar, Arab Saudi, Seychelles, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Samoa Barat. 

"Walaupun sebanyak 18 anugerah dipertandingkan dan enam pemenang Anugerah Chairman’s Award yang menjadi rebutan, Al Tayer Motors daripada UAE, Oceanic Motors daripada Seychelles, dan Sime Darby Auto ConneXion daripada Malaysia mendapat markah tertinggi untuk kedua-dua kategori berprestij itu serta mendapat sekurang-kurangnya satu trofi setiap satu. 

"SCAMA di Maghribi terus melakar sejarah kecemerlangan khidmat pelanggan dengan memenangi Anugerah Chairman’s Award untuk kali kesembilan," jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Mula diperkenalkan pada 2016, Anugerah Chairman’s Award Ford adalah untuk menghargai pengedar-pengedar cemerlang dalam aspek kepuasan pelanggan.

 

Chairman’s Award dan Anugerah Presiden bagi tahun 2019.

 

Anugerah itu terus berkembang dalam memastikan semua Pandangan  Pelanggan untuk Jualan dan Perkhidmatan (CVP)  menjadi kepentingan utama dan juga kriteria terpenting dalam pemilihan pemenang tahunan, jualan kenderaan baharu, jualan pembelian alat ganti dan laporan kewangan standard Ford.

Kesemua itu turut memainkan peranan penting dalam mengenal pasti kerja keras pengedar-pengedar dalam menaikkan jenama Ford. 

Anugerah Chairman’s Award turut digandingkan buat kali kedua bersama anugerah khusus kepada pengurus-pengurus di Timur Tengah, Amerika Utara dan Sub-Sahara Afrika yang dikenali sebagai Anugerah Presiden.

Anugerah itu diberikan kepada beberapa Pengarah dan juga Pengurus cemerlang untuk beberapa kategori iaitu Jualan Terbaik CVP, Perkhidmatan Terbaik CVP dan Jualan Alat Ganti Terbaik.

"Anugerah ini bukan sekadar penilaian berdasarkan hasil tinjauan, tetapi ia juga pengukur tahap kepimpinan, komitmen dan daya saing.

"Ia merupakan ciri-ciri penting sesebuah organisasi yang berjaya, sama seperti para pemenang tahun ini yang menunjukkan prestasi cemerlang terhadap para pelanggan, kakitangan dan pemegang saham," jelasnya lagi. - DagangNews.com