Salcon raih kontrak pembinaan loji rawatan pembentungan bernilai RM9.7 juta di Perak | DagangNews Skip to main content

Salcon raih kontrak pembinaan loji rawatan pembentungan bernilai RM9.7 juta di Perak

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 9 Mei - Salcon Bhd menerusi Envitech Sdn Bhd menerima kontrak bernilai RM9.7 juta daripada Rantau Urusan Sdn Bhd bagi mereka bentuk dan membina loji rawatan pembetungan di Durian Sebatang, Hilir Perak, Perak.

 

Kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, menerusi kontrak itu, mereka akan terlibat dengan kerja-kerja pembinaan selama 20 bulan dan selepas siap, loji rawatan itu akan menampung populasi sejumlah 54,000 orang.

 

Katanya, projek itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih Salcon bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 hingga 31 Disember 2026.

 

Projek itu tidak mempunyai sebarang kesan ke atas modal saham dan pegangan saham pemegang saham yang besar dalam syarikat.

 

Salcon tidak meramalkan sebarang isiko luar biasa selain risiko pelaksanaan berkaitan dengan projek.

 

Tiada pengarah dan/atau pemegang saham utama syarikat,atau orang yang berkaitan mempunyai sebarang kepentingan, secara langsung atau tidak langsung, dalam projek itu.- DagangNews.com