UPM & PREPKOM bantu pelajar sekolah rendah PPR kuasai kemahiran 3M   | DagangNews Skip to main content

UPM & PREPKOM bantu pelajar sekolah rendah PPR kuasai kemahiran 3M  

KUALA LUMPUR 9 April - Sekretariat Kesukarelawanan dan Mobiliti, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee (KMB), Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan program Teach the Needs 4.0 bagi membantu anak-anak sekolah rendah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran Ampang kemahiran asas menulis, mengira dan membaca (3M), baru-baru ini.

 

Program yang bertemakan “Pendidikan Untuk Semua” ini juga berkolaborasi bersama bersama Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) dan Pusat Pemerkasaan Pendidikan & Komuniti (PREPKOM)

 

Pengetua Kolej KMB UPM, Prof. Madya Dr. Jasronita Jasni berkata program ini dapat membantu melancarkan sesi pembelajaran bagi anak-anak sekolah rendah di PPR Hiliran Ampang

 

"Kolaborasi bersama PREPKOM ini telah menjadi wadah untuk mahasiswa berkongsi ilmu dan mengasah kemahiran berkomunikasi bersama anak-anak di PPR serta memberi peluang untuk pihak kolej menjalinkan lagi kerjasama dengan PREPKOM bagi program bermanfaat yang akan datang,” katanya.


 

UPM

 

UPM

 


Pengarah program, Aqilah Abd Rahman berkata program ini memfokuskan pada sesi pembelajaran dan perkongsian 3M dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris berdasarkan modul yang disediakan.

 

“Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada barisan ahli jawatankuasa atas kerjasama, masa dan tenaga yang anda berikan dalam menjayakan program Teach The Needs 4.0 ini. Kerjasama daripada semua pihak, terutamanya wakil dari YWP dan penyelia PREPKOM PPR Hiliran Ampang sangat dihargai dalam memastikan kelancaran program,” katanya.

 

Program yang telah dijalankan pada 26 Mac, 2 dan 9 April 2023 ini turut diisi dengan aktiviti lain seperti teka silang kata, cuba teka, kuiz mengira dan radio rosak agar pembelajaran secara interaktif dapat diterapkan.


 

parafrasa

 

UPM


 

Program Teach The Needs 4.0 ini diharapkan mampu mencapai matlamat untuk melahirkan mahasiswa yang cemerlang dari segi sahsiah, akademik dan kokurikulum sejajar dengan Pelan Strategik UPM 2021-2025 iaitu Matlamat 1 Melahirkan Watak Graduan Berdaya Tahan Mendepani Cabaran Mendatang dan Matlamat 3 Melestarikan Ekosistem Jaringan Industri dan Masyarakat. - DagangNews.com