TM bakal jadi penerima manfaat terbesar daripada pelaburan lebih RM10 bilion Microsoft - Kenanga Research | DagangNews Skip to main content

TM bakal jadi penerima manfaat terbesar daripada pelaburan lebih RM10 bilion Microsoft - Kenanga Research

Oleh M. HERMAN HAMID

KUALA LUMPUR 9 Mei - Telekom Malaysia Berhad (TM) dijangka menjadi penerima manfaat utama daripada pelaburan Microsoft sebanyak RM10.5 billion di Malaysia.

 

Menurut Kenanga Research, pihaknya telah melakukan penyelidikan mendalam terhadap pengumuman pelaburan Microsoft sebanyak AS$2.2 bilion dalam komputasi awan dan teknologi canggih yang berkaitan, termasuk Kecerdasan Buatan Generatif (GenAI). 

 

"Kami mengenal pasti TM sebagai penerima manfaat utama kerana akan mengakibatkan lonjakan dalam transmisi data untuk pusat data (DC) yang menjalankan awan awam dan persendirian.

 

"Mengakui bahawa impak pendapatan mungkin tidak segera, kami mengekalkan ramalan dan Harga sasaran (TP) sebanyak RM7.22 sesaham," katanya dalam nota penyelidikan hari ini yang menyaksikan saranan OUTPERFORM dikekalkan.

 

ARTIKEL BERKAITAN: Microsof labur RM10.5 bilion dalam tempoh 4 tahun pacu transformasi awan dan AI Malaysia

 

micro
Microsoft labur US$2.2 bilion dalam infrastruktur awan dan Al Malaysia - CEO Satya Nadella - Gambar BERNAMA

 

Menurut firma penyelidikan itu, mereka positif terhadap TM kerana ia memanfaatkan ke arah pertumbuhan data sekular disokong aliran semasa seperti transformasi digital, percambahan IoT, Gen AI dan lain-lain.

 

Katanya, faktor kedua ialah TM bakal mendapat manfaat daripada projek Fasa 2 JENDELA melalui peluang pelancaran dan komersial.

 

"Ketiga, daya tarikan yang berterusan dalam inisiatif pengoptimuman kos," jelasnya.

 

Kenanga Research juga percaya sudah masanya untuk TM untuk memperluaskan perniagaan pusat data secara signifikan.

 

"Pusat data berskala besar yang baharu akan meningkatkan perluasan aset infrastruktur global TM," ujarnya.- DagangNews.com