Wan Yusoff Wan Hamat letak jawatan sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bebas MHB | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Wan Yusoff Wan Hamat letak jawatan sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bebas MHB

Wan Yusoff Wan Hamat
Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN

KUALA LUMPUR 12 Sept – Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Bhd (MHB) mengumumkan peletakan jawatan Pengarahnya, Wan Yusoff Wan Hamat setelah berkhidmat selama lima tahun di lembaga pengarah syarikat tersebut.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, kumpulan kejuruteraan luar pesisir dan marin itu berkata Wan Yusoff, 72, meletak jawatan berkuat kuasa hari ini atas alasan komitmen peribadi.

 

Beliau juga melepaskan jawatannya sebagai pengerusi jawatankuasa pencalonan dan imbuhan, serta sebagai ahli jawatankuasa kelestarian dan risiko lembaga pengarah.

 

Wan Yusoff menyertai lembaga pengarah MHB pada 15 September 2020 sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bebas.

 

Beliau adalah jurutera berpengalaman dengan lebih empat dekad perkhidmatan dalam sektor minyak, gas dan marin.

 

Sebelum ini, beliau memegang jawatan kanan di PETRONAS termasuk memimpin projek pembangunan loji penapisan dan petrokimia utama.

 

Beliau pernah menjadi pengarah urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Marine and Heavy Engineering Sdn Bhd serta syarikat induk tersenarai MHB dari 2004 hingga 2011 sebelum mengetuai projek Refinery and Petrochemical Integrated Development (RAPID) di Pengerang.

 

Wan Yusoff memiliki 10,000 saham di MHB dan 5,000 saham di Petronas Gas Bhd.

 

MHB menegaskan tiada perselisihan antara Wan Yusoff dengan lembaga pengarah dan tiada perkara yang memerlukan perhatian pemegang saham berhubung peletakan jawatan itu.- DagangNews.com