Vestland peroleh kontrak RM156.91 juta bagi pembinaan apartment 51 tingkat di Kuala Lumpur | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Vestland peroleh kontrak RM156.91 juta bagi pembinaan apartment 51 tingkat di Kuala Lumpur

Oleh 'AINA SYAZWINA

KUALA LUMPUR 30 Mei – Vestland Bhd meraih kontrak bernilai RM156.91 juta bagi pembinaan servis apartmen setinggi 51 tingkat di Lorong Raja Uda 2, Kuala Lumpur.

 

Kumpulan itu berkata, kontrak berkenaan dianugerahkan oleh Mercu Majuniaga Sdn Bhd, sekali gus menjadi kemenangan pertama syarikat itu bagi tahun ini.

 

Kerja-kerja pembinaan dijadualkan siap dalam tempoh 26 bulan, iaitu selewat-lewatnya pada 31 Julai 2027.

 

"Kontrak ini dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih Vestland sepanjang tempoh pelaksanaan," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia.- DagangNews.com