KUALA LUMPUR 14 Mei - Uzma Bhd menerusi anak syarikat milik penuhnya, Uzma Engineering Sdn Bhd, berjaya meraih kontrak perkhidmatan selama tiga tahun daripada Petronas Carigali Sdn Bhd.
Uzma berkata, kontrak itu melibatkan penyediaan peralatan dan perkhidmatan pengatur cara talian elektrik tanpa bantuan pelantar di perairan Malaysia Timur.
Nilai kontrak tersebut bagaimanapun tidak didedahkan.
"Perkhidmatan yang disediakan termasuk rundingan teknikal, penyediaan unit talian elektrik, perkhidmatan logging, perforasi, pemasangan plug/packer, alat bantu bawah tanah dan perkhidmatan berkaitan telaga minyak yang lain," katanya dalam makluman di Bursa Malaysia.
Uzma menjelaskan, kontrak berkenaan berkuat kuasa dari 26 Mac 2025 hingga 25 Mac 2028.
"Syarikat juga baru sahaja menerima kelulusan daripada Petronas Carigali untuk mengumumkan kontrak ini pada 9 Mei lalu," ujarnya. - DagangNews.com








