Untung bersih Unisem pada 1QFY25 susut 29% kepada RM6 juta akibat peningkatan kos operasi | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Untung bersih Unisem pada 1QFY25 susut 29% kepada RM6 juta akibat peningkatan kos operasi

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 24 April - Untung bersih Unisem (M) Bhd pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 (1QFY25) menyusut 29% kepada RM6 juta berbanding RM8.46 juta pada suku sama tahun sebelumnya disebabka perubahan campuran produk dan peningkatan kos operasi.

 

Kumpulan itu berkata, hasil meningkat 16.1% tahun ke tahun kepada RM423.62 juta berbanding RM364.76 juta pada 1QFY24.

 

"Penyusutan untung bersih itu disebabkan margin keuntungan kasar yang lebih rendah yang timbul daripada perubahan dalam campuran produk dan peningkatan kos operasi.

 

"Walaupun ia menurun, kumpulan itu mengekalkan pembayaran dividen, dengan pembayaran interim sebanyak dua sen sesaham akan dibayar pada 4 Julai ini," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia.

 

Mengulas mengenai prospek, kumpulan itu menjangkakan tekanan berterusan disebabkan persekitaran operasi mencabar kerana isu geopolitik termasuk tarif dan sekatan perdagangan. 

 

Bagaimanapun, berdasarkan permintaan semasa para kumpulan itu menjangkakan peningkatan dalam prestasi kumpulan untuk suku kewangan berikutnya. - DagangNews.com