TXCD peroleh subkontrak RM85.5 juta daripada Vastland laksana kerja-kerja infrastruktur di Subang Jaya | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

TXCD peroleh subkontrak RM85.5 juta daripada Vastland laksana kerja-kerja infrastruktur di Subang Jaya

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 11 April - TXCD Bhd yang dahulunya dikenali sebagai Ageson Bhd menerusi Ageson Kensetsu Sdn Bhd menerima subkontrak RM85.5 juta daripada Vestland Resources Sdn Bhd bagi kerja-kerja infrastruktur blok menara di Subang Jaya, Selangor.

 

Kumpulan itu berkata, kerja-kerja subkontrak itu terdiri daripada pembekalan, penghantaran, pembinaan, penyiapan, pengujian dan pentauliahan kerja-kerja superstruktur untuk blok menara dan kerja-kerja infrastruktur bagi projek yang terletak di PT 44, Jalan SS16/1, Bandar Subang Jaya.

 

"Tempoh subkontrak itu bermula 11 April 2025 dan dijangka siap sepenuhnya pada 11 Mei 2026," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia.

 

Kumpulan itu berkata, kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa hadapan, pendapatan sesaham dan aset bersih kumpulan.

 

Katanya, ia tidak akan mempunyai sebarang kesan ke atas modal saham terbitan dan pegangan saham pemegang saham utama syarikat.

 

"Selain daripada risiko operasi biasa, tiada sebarang faktor risiko lain yang mungkin timbul daripada kontrak itu," katanya.- DagangNews.com