Syarikat Malaysia Glorious Education lantik MCI Capital sebagai penasihat kewangan bagi terbitan IPO di Bursa Singapura | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Syarikat Malaysia Glorious Education lantik MCI Capital sebagai penasihat kewangan bagi terbitan IPO di Bursa Singapura

(Duduk dari kiri) : Andy Chi dari Evolve Capital Pte Ltd, Pengerusi merangkap Rakan Kongsi MCI Capital, Datuk Cannis Chan, dan Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Glorious Education Sdn Bhd, Michelle Hiong, menandatangani perjanjian rasmi bagi cadangan penyenaraian syarikat itu di Bursa Singapura (SGX).
Oleh 'AINA SYAZWINA

KUALA LUMPUR 23 Jun – Syarikat Malaysia, Glorious Education Sdn Bhd, pengendali pusat jagaan kanak-kanak Pink Tower Childcare Centre melantik MCI Capital Sdn Bhd sebagai penasihat kewangan bagi tawaran awam permulaan (IPO) di Bursa Singapura, Singapore Exchange (SGX), sebagai langkah mengembangkan operasi ke peringkat serantau.

 

MCI Capital akan menyediakan panduan strategik berkaitan kesediaan pasaran modal, bekerjasama dengan profesional berkaitan serta membantu dalam perancangan struktur modal bagi penyenaraian di SGX.

 

GE

 

Langkah itu bertujuan memperluas capaian pelabur Glorious Education serta mendapatkan akses kepada pasaran modal yang lebih aktif dan modal institusi antarabangsa di Singapura.

 

Pengerusi merangkap Rakan Kongsi MCI Capital, Datuk Cannis Chan berkata, Glorious Education mempunyai profil pertumbuhan tinggi yang berpotensi menarik minat pelabur global, khususnya dalam sektor pendidikan.

 

GE

 

"Kami teruja untuk bekerjasama dengan mereka bagi membuka akses yang lebih luas kepada modal, memperkukuh penjenamaan serantau serta merangka hala tuju jangka panjang bagi pengembangan ke peringkat antarabangsa di seluruh Asia Tenggara," katanya dalam satu kenyataan.

 

GE
Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Glorious Education Sdn Bhd, Michelle Hiong

 

Seiring dengan pencapaian penyenaraian tersebut, Pink Tower Childcare Centre turut memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan EduPlay, melantik syarikat itu sebagai rakan rasmi kecerdasan buatan (AI).

 

GE

 

Kerjasama itu akan melibatkan integrasi alat berasaskan AI bagi memperibadikan pembelajaran dan memperkenalkan pengalaman pendidikan yang boleh disesuaikan kepada kanak-kanak.- DagangNews.com