Steel Hawk peroleh kontrak perkhidmatan perancah daripada EPOMS selama dua tahun | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Steel Hawk peroleh kontrak perkhidmatan perancah daripada EPOMS selama dua tahun

Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN

KUALA LUMPUR 30 Julai – Anak syarikat milik penuh Steel Hawk Bhd, iaitu Steel Hawk Engineering Sdn Bhd, berjaya memperoleh kontrak bagi penyediaan perkhidmatan perancah daripada EPOMS Sdn Bhd.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Steel Hawk berkata, kontrak tersebut adalah untuk tempoh dua tahun bermula 25 Julai 2025 hingga 24 Julai 2027, dengan opsyen lanjutan selama setahun.

 

“Kontrak itu dilaksanakan secara panggilan kerja (call-out basis) dan tidak mempunyai nilai tetap, bergantung kepada keperluan semasa sepanjang tempoh pelaksanaan,” katanya.

 

Steel Hawk menjangkakan kontrak tersebut akan menyumbang secara positif kepada pendapatan kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025. - DagangNews.com